logo dream league soccer, dream league soccer kits, kit dream league soccer, 512x512 kits logo,

Tiga Pemain Baru Kelantan 2016

Tiga Pemain Baru Kelantan 2016

Nampaknya musim ini ada lagi beberapa pemain tempatan yang telah menyertai Kelantan Fa bagi menperkuatkan pasukan bagi saingan Liga Malaysia 2016.

Kemasukkan 3 pemain ini adalah bagi menampung beberapa pemain yang telah meninggalkan pasukan TRW iaitu Amiridzwan Taj (Terengganu), Amar Rohidan, Fitri Omar (Pulau Pinang), Fakri Saarani dan Nazri Ahmad.


Mohd Muslim Ahmad

Mohd Muslim Ahmad, pemain pertahanan ini bagi aku adalah untuk mengantikan Taj yang telah keluar menyertai pasukan Terengganu.

Pemain ini pada musim lepas bermain bersama pasukan PDRM, sebelum itu beliau pernah bermain untuk pasukan JDT. Tenaga Muslim ditagih untuk menperkemaskan lagi barisan pertahanan Kelantan.


faizal abu bakar


Mohd Faizal Abu Bakar, pemain midfield ini bersama pasukan Kedah sejak 2008 sehingga 2015 dengan 51 kali diturun bermain dan menjaring 22 gol. Juga merupakan salah seorang pemain yang bermain dalam skuad Piala Suzuki 2010.


manaf mamat

Akhir sekali adalah penyerang berbisa daripada Terengganu, Abdul Manaf  Mamat. Pemain ini telah menjaringkan 50 dalam 110 perlawanan. Serta pernah membuat 14 kali penampilan bersama skuad kebangsaan.

Kini cuma tinggal 3 lagi slot pemain import yang masih belum diumumkan siapakah yang bakal dibawa masuk untuk beraksi bersama TRW. Ada kendengaran khabar angin yang menyatakan akan kembalinya Shawky, dan kemasukkan bekas penyerang import Felda United iaitu Edward Junior Wilson.

Diharap dengan kemasukkan pemain-pemain baru ini akan menperkuatkan lagi pasukan Kelantan. Lagipun ketiga-tiga pemain adalah pemain yang berpengalaman. Mampukah mereka kembali menyerlah bersama TRW.

DISCLAIMER : The information contained on http://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or omissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Tiga Pemain Baru Kelantan 2016"

 
Copyright © 2017 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By Catatan Info | Re-Design By: Kuchalana