logo dream league soccer, dream league soccer kits, kit dream league soccer, 512x512 kits logo,

Contoh Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan 2016

Contoh soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan 2016, boleh dijadikan rujukan untuk setiap calon yang bakal menduduki peperiksaan online ini pada 8 Mac 2016 nanti.

Peperiksaan online ini akan berjalan selama 1 jam 30 minit. Bermula pada pukul 8.00 malam sehingga 9.35 malam.

Jadi setiap calon perlu manfaatkan masa, tolak tepi urusan lain.

Fokus anda sekarang adalah untuk menjawab soalan. Jangan gopoh dan jawab soalan dengan tenang.

Jadi kita terus kepada pengenalan kepada format contoh soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan 2016.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan 2016

Format Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan 2016


Dalam peperiksaan online ini. Ianya terbahagi kepada 2 seksyen iaitu Seksyen A (Ujian Psikometrik) dan Seksyen B ( Pengetahuan Am ).

Seksyen A - Ujian Psikometrik

Soalan-soalan dalam seksyen ini adalah untuk membuat penilaian personaliti dan sahsiah diri calon. Soalan akan ditanyakan adalah berkaitan Kemahiran Berfikir, Sikap, Perwatakan, Emosi dan sebagainya.

Soalan pada seksyen ini tidak susah untuk dijawab. Soalan yang diajukan adalah untuk menilai kecenderungan diri anda.

Jadi anda perlu tenang menjawab soalan dan pilihlah soalan yang lebih kearah positif.

Jawapan yang anda berikan akan memberikan gambaran tentang siri anda dalam kehidupan seharian, sikap diri anda, cara anda berfikir dan tindakan diri anda terhadap sekeliling.


Seksyen B - Pengetahuan Am

Pada bahagian ini anda akan diuji tahap pengetahun am yang anda tahu. Jadi anda perlu mengulangkaji hal-hal berkaitan isu semasa dalam negara dan juga luar negara, hal ehwal politik, dasar-dasar awam, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi serta berkaitan keselamatan negara.

Disebabkan Latihan Separa Perubatan adalah dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jadi tumpuan anda juga perlu tahu serba sedikit hal berkaitan KKM dan perancangan kerajaan dalam bab kesihatan dan perubatan.

Ulangkaji juga perkara-perkara asas tentang kesihatan dan istilah-istilah penting dalam perubatan.

Ambil tahu berkenaan penyakit berjangkit yang sering melanda negara seperti denggi, taun, malaria, penyakit kuku dan mulut serta sebagainya.

Cari maklumat berkaitan dengan institusi-institusi penting yang berkaitan dengan kesihatan yang ada dalam negara kita.


Contoh Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan

Ini hanya contoh-contoh soalan dan ianya bukan soalan ramalan atau soalan bocor. Ia untuk memberikan gambaran kepada calon dengan lebih dekat bentuk soalan-soalan yang bakal diajukan.

 
Copyright © 2017 Kuchalana - All Rights Reserved
About Us | Contact Us | Privacy Policy |
Template By Catatan Info | Re-Design By : Kuchalana