logo dream league soccer, dream league soccer kits, kit dream league soccer, 512x512 kits logo,

Gaji Tertunggak 5 Bekas Pemain Kelantan


Dalam laporan yang dibuat oleh Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) sebanyak RM 4.47 juta gaji pemain pada Liga Super 2015 yang tertunggak dan masih belum diselesaikan.

Pasukan ATM belum menjelaskan gaji tertunggak paling tinggi dengan jumlah sebanyak RM 3.7 juta yang melibatkan seramai 15 pemain.

Pasukan Kelantan pun ada nama, seramai 5 orang bekas pemain menuntut gaji tertunggak berjumlah RM477,00.

Siapa lima bekas pemain ini? Antara pemain yang sudah tidak lagi bersama Kelantan musim ini adalah Fakri Saarani, Amiridzwan Taj, Nazri Ahmad, Amar Rohidan dan Fitri Omar.

Agak terkejut Felda United antara pasukan memiliki dana besar pun ada masalah yang melibatkan pampasan RM220,000 yang dituntut oleh pemain Azrul Ahmad.

Memang musim lepas pasukan Kelantan ada masalah pembayaran gaji. Diharap musim ini dengan penajaan besar Pamoga Qu Puteh musim ini TIDAK lagi kita dengar ada masalah nak bayar gaji.

Diharap semua masalah ini akan selesai, dan Kelantan dapat melunaskan semua tunggakkan gaji bekas pemain ini. Bukan apa, risau ada tindakkan susulan nanti yang menimpa pasukan Kelantan.

0 Komen untuk "Gaji Tertunggak 5 Bekas Pemain Kelantan"

 
Copyright © 2017 Kuchalana - All Rights Reserved
About Us | Contact Us | Privacy Policy |
Template By Catatan Info | Re-Design By : Kuchalana