logo dream league soccer, dream league soccer kits, kit dream league soccer, 512x512 kits logo,

Liga Super 2016 Preview : Kedah vs Kelantan

Liga Super 2016 Preview : Kedah vs Kelantan

Perlawanan keempat bagi Liga Super 2016, Kedah menetang Kelantan. Perlawanan akan dilangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar, pada 1 Mac 2016, jam 9.00 malam.

Kedah turun dengan selaku juara Liga Perdana 2015 dan juga Naib juara Piala Malaysia 2015. Mankala Kelantan pula pada musim lepas, percapaian terbaik hanya menjadi naib juara Piala FA.

Kebangkitan ketara Kedah adalah bermula musim lalu. Kini mereka sedang mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam saingan Liga Super 2016.

Selepas menjadi juara Liga Super 2 kali berturut-turut daripada musim 2006-07 dan 2007-08, prestasi mereka semakin merundum selepas itu sehinggalah Kedah tersingkir daripada Liga Super pada musim 2012, pada musim 2013 mereka terpaksa turun ke Liga Perdana.

Selepas 3 perlawann Liga Super 2016, pasukan Kedah telah mencatat 1 keputusan menang, sekali seri dan 1 kali kekalahan. Manakala Kelantan pula masih mengekalkan rekod tanpa kalah, dengan 1 kemenangan dan 2 kali keputusan seri.

Namum kedua-dua pasukan hanya dibezakan dengan hanya 1 mata sahaja.

Bagi penyokonh Kelantan, mereka mahu melihat K. Devan dan barisan pemain terus mempamerkan aksi cemerlang dengan mencatat kemenangan. Lebih-lebih lagi bagi K. Devan yang sudah kedengaran suara-suara yang mahu ketua jurulatih ditukar.


Rekod Pertemuan Kedah vs Kelantan

Kedua-dua pasukan ini tidak pernah bertemu sesam sendiri dalam saingan Liga Super sejak musim 2013. Boleh dikatakan kekuatan kedua-dua pasukan adalah setara, hanya pasukan yang bermain dengan lebih baik dan fokus dengan taktika yang betul akan memenangi perlawanan.

Paling terbaru pertemuan kedua-dua pasukan adalah dalam saingan Piala Malaysia 2014, Kedah berjaya menewaskan Kelantan di peringkat suku akhir dengan Aggregate 4-3.

Namum kini kedua-dua pasukan sudah banyak berubah dari segi barisan pemain dan kejurulatihan. Jadi secara keseluruhan kekuatan kedua-dua pasukan agak seimbang.

Liga Super 2012
Kelantan 2-1 Kedah
Kedah 0-3 Kelantan

Liga Super 2011
Kelantan 2-0 Kedah
Kedah 1-1 Kelantan

Liga Super 2010
Kelantan 0-1 Kedah
Kedah 0-0 Kelantan

Liga Super 2009
Kelantan 0-1 Kedah
Kedah 1-2 Kelantan

Piala Malaysia 2014
Kedah 1-3 Kelantan
Kelantan 0-3 Kedah

(Kedah menang dengan Aggregate 4-3 di pusingan Suku Akhir.)
0 Komen untuk "Liga Super 2016 Preview : Kedah vs Kelantan"

 
Copyright © 2017 Kuchalana - All Rights Reserved
About Us | Contact Us | Privacy Policy |
Template By Catatan Info | Re-Design By : Kuchalana