logo dream league soccer, dream league soccer kits, kit dream league soccer, 512x512 kits logo,

Liga Super 2016 Preview: Kelantan Vs PDRM

Liga Super 2016 Preview: Kelantan Vs PDRM


Perlawanan kedua Liga Super 2016, pasukan Kelantan bakal menentang PDRM di Stadium Muhammad IV pada 16/2/2016. Ini adalah perlawana pertama Kelantan dihadapan penyokong sendiri.

Perlawanan pertama dilaman sendiri harus dimanfaatkan oleh Kelantan untuk memungut 3 mata pertama musim ini, selepas hanya mampu mencatat keputusan seri dalam perlawanan menentang Perak pada malam sabtu lepas.

Tidak dinafikan pasukan PDRM, pasukan yang baru dinaikkan ke Liga Super pada musim 2015 telah memberikan saingan yang agak sengit.

Pada musim lepas kedudukan liga PDRM adalah ditangga ke-6, lebih baik daripada pasukan Kelantan yang hanya berada di tangga ke-9. PDRM musim lepas mengumpul 35 mata.

PDRM juga memulakan aksi musim ini dengan langkah kanan dengan mengutip 3 mata selepas menewaskan Sarawak, dengan keputusan 1-0. Sudah pastinya PDRM mahu teruskan rentak kemenangan mereka dalam perlawanan kedua bertemu Kelantan nanti.

Bagi pasukan Kelantan, peluang beraksi di stadium keramat sudah pastinya mahu pamerkan aksi bertenaga dan memungut 3 mata pertama untuk musim ini.

Bekas pemain mereka iaitu Dramane Traore juga telah menjadi penjarign terbanyak Liga Super 2015. Tahun ini Traore bersama dengan pasukan Kelantan, apakah beliau akan berjaya mengekalkan kasut emas beliau pada musim ini?


Rekod Perlawanan

Berikut adalah rekod pertemuan bagi kedua-dua pasukan ini dalam 6perlawanan terakhir meilbatkan kedua-dua pasukan.

Liga Super 2015

PDRM (1) - (3) Kelantan
Kelantan (0) - (4) PDRM

PDRM ditangga ke-6 dengan 35 mata.


Liga Super 2009

Kelantan (4) - (0) PDRM
PDRM (2) - (4) Kelantan


Piala FA 2009

PDRM (1) - (3) Kelantan
Kelantan (5) - (1) PDRM
0 Komen untuk "Liga Super 2016 Preview: Kelantan Vs PDRM"

 
Copyright © 2017 Kuchalana - All Rights Reserved
About Us | Contact Us | Privacy Policy |
Template By Catatan Info | Re-Design By : Kuchalana