logo dream league soccer, dream league soccer kits, kit dream league soccer, 512x512 kits logo,

Arab Saudi vs Malaysia : Kelayakan Piala Dunia Zon Asia

Arab Saudi vs Malaysia

Sekali lagi Malaysia akan menentang Arab Saudi dalam perlawanan kelayakkan Piala Dunia 2018 bagi Zon Asia Kumpulan A. Dalam pertemuan pertamam peringkat kumpulan tempoh hari, Arab Saudi telah diberikan kemenangan percuma selepas penonton membuat kekecohan dalam stadium.

Nak cerita pasal peluang, memang tipis harapan Malaysia. Arab Saudi boleh dianggap antara pasukan yang kuat dirantau Asia.

Jadi pada aku, perlawanan macam ini. Sepatutnya jurulatih sudah memikirkan untuk memberikan pendedahan kepada pemain-pemain muda.

Bukan kemenangan seharusnya menjadi keutamaan, bukan bermaknan kemenangan tak penting. Tetapi kita sendiri sedar dimana tahap permainan pasukan negara kita diperingkat antarabangsa.

Kita mahu melihat pemain kita bermain bola dengan gaya permainan yang lebih baik.

Mungkin patut kekalkan beberapa pemain berpengalaman, selebih tugas diberikan kepada pemain muda untuk menimba pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa.

Corak permainan skuad kebangsaan tidak banyak berubah, apatah lagi jika berterusan hanya pemain-pemain lama yang terus disenaraikan dalam skuad ini. Jadi sampai bila kita masih mengharapkan kejayaan daripada skuad lama yang kita sendiri tahu dimana tahap mereka dan macam mana mereka bermain bola.
0 Komen untuk "Arab Saudi vs Malaysia : Kelayakan Piala Dunia Zon Asia"

 
Copyright © 2017 Kuchalana - All Rights Reserved
About Us | Contact Us | Privacy Policy |
Template By Catatan Info | Re-Design By : Kuchalana