logo dream league soccer, dream league soccer kits, kit dream league soccer, 512x512 kits logo,

Liga Super 2016 - Kelantan Vs Penang

Liga Super 2016 - Kelantan Vs Penang

Perlawanan ke-5 Liga Super 2016, Kelantan bertemu Pulau Pinang. Pada 12 Mac di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV. Kedua-dua pasukan sebenarnya jarang bertemu sesama sendiri sejak musim 2014. Ada siaran langsung di TV9.

Pulau Pinang mungkin mendapat sedikit perhatian selepas sepakan percuma yang cantik pernah dilakukan oleh Faiz Subri, menjadi antara jaringan gol tecantik setakat ini. Faiz Subri juga merupakan bekas pemain Kelantan.

Pasukan Kelantan pula berada dibawah tekanan yang hebat buat ketika ini selepas tersingkir daripada saingan Piala FA. Dan sebelum itu dalam perlawanan Liga Super mereka juga telah tewas kepada pasukan Kedah.

Perlawanan terkahir yang menemukan kedua-dua pasukan adalah dalam perlawanan Piala Malaysia 2014 diperingkat kumpulan dengan menyaksikan Kelantan membenam Penang dengan keputusan 3-1.

Namum itu sejarah lama, pasukan Penang kini sedang bangkit sudah pastinya kekuatan pasukan mereka jauh berbeza berbanding dahulu.

Buat masa ini Kelantan dan Penang sedang berkongsi 5 mata, kedua-dua pasukan cuma dibezakan dengan perbezaan gol. Pasukan yang menang akan terus melonjak untuk terus mencabar kejuaraan liga manakala pasukan yang kalah yang terus terpelosok di zon bawahan liga.

Jadi pasukan Kelantan perlu memanfaatkan pelaung beraksi ditempat sendiri untuk memungut 3 mata berharga agar terus konsisten menaiki tangga di carta Liga Super 2016.


Rekod Pertemuan Kelantan vs Penang

Jika dinilai keputusan diatas kertas, Kelantan memiliki kelebihan untuk menang kerana Penang tidak pernah menang dengan Kelantan sejak musim 2003, pada ketika itu Penang mengalahkan Kelantan 3-0.


Piala Malaysia 2014
Peringkat Kumpulan C

Penang 1-3 Kelantan
Kelantan 3-1 Penang


Liga Super 2010

Penang 1-3 Kelantan
Kelantan 3-1 Penang


Liga Super 2009

Penang 1-1 Kelantan
Kelantan 4-1 Penang


Piala Malaysia 2009
Peringkat Kumpulan E

Kelantan 2-1 Penang
Penang 1-2 Kelantan

DISCLAIMER : The information contained on http://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or omissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Liga Super 2016 - Kelantan Vs Penang"

 
Copyright © 2017 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By Catatan Info | Re-Design By: Kuchalana