Kuchalana.com get the latest dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo, dream league soccer 2019

4 Pemain Import Kelantan 'Tak Bawa hasil' ?

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Datuk Seri Vida (DSV) sekali mengeluarkan kenyataan kontroversi pasal pasukan Kelantan. Dakwa beliau keempat-empat pemain import Kelantan tak bawa hasil dan perlu digantikan dengan muka baru untuk meningkatkan prestasi skuad TRW.

Tan Sri Annuar Musa pada awalnya memberi gambaran bahawa menjelang pintu perpindahan pertengahan musim nanti 2 pemain import bakal ditukar. Namum DSV pula memberikan kenyataan agak berbeza.

Abe akui memang ada pemain import Kelantan yang tak beraksi dengan prestasi yang sepatutnya, selaku status pemain import, pemain tersebut perlu mempamerkan aksi yang lebih bagus berbanding pemain tempatan.

Persoalannya adakah kesemua, 4 pemain import Kelantan 'gagal' ?

Dramane Traore.

dramane traore kelantan

Penyerang import Kelantan. Beliau tiba di Kota Bahru membawa status penjaring terbanyak Liga Super 2015 ketika beraksi bersama PDRM. Namum selepas mengharungi 9 perlawanan, bekas pemegang kasut emas ini hanya mampu meledakkan 2 gol sahaja.

Jauh daripada jangkaan awal, ramai yang berharap beliau akan menjadi pengempur utama pasukan Kelantan pada musim ini.

Dimanakah silapnya, prestasi Traore jatuh menrundum? Jika musim lepas beliau mampu menjaringkan 19 gol, kenapa tidak musim ini?


Blaze Ilijoski

Blaze Ilijoski kelantan


Penyerang import Kelantan yang berasal daripada Macedonia. Walaupun nama beliau tidak sepopular nama penyerang import pasukan lain, namum setakat ini selaku pemain yang bermain di posisi penyerang beliau sudah mempamerkan ketajaman beliau menerjah gawang lawan.

Setakat ini beliau sudah menjaringkan 6 gol untuk pasukan Kelantan, satu jumlah jaringan yang agak memberangsangkan kerana hanya beza 1 gol dibelakang penjarang terbanyak setakat ini iaitu Forkey Doe yang menjaringkan 7 gol.

Untuk makluman semua setakat ini senarai penjaring terbanyak Liga Super 2016 adalah seperti berikut :

1. Forke Doe - 7
2. Patrick Wleh - 7
3. Elias Fernandes - 6
4. Blaze Ilijoski - 6
5. J. Lucero - 6
6. D. Volas - 6

Ini membuktikan beliau adalah pemain import yang masih relaven untuk terus bersama Kelantan.


Jonathan Lucca

Jonathan Lucca kelantan


Jonathan Lucca, pemain import yang mengalas tugas di bahagian midfield pasukan Kelantan. Selaku pemain tengah kita tidak boleh mengharapkan beliau menjaringkan banyak gol.

Tugas beliau di bahagian tengah adalah untuk menjadi enjin kepada pasukan membuat serangan. Jika kita meletakkan KPI pemain ini sama seperti penyerang, itu adalah silap sama sekali.

Corak permainan beliau jika di bandingkan dengan Piya sedikit berbeza kerana beliau lebih suka membuat hantaran pendek. Dalam beberapa perlawanan, gandingan Lucca bersama Brendan Gan berjaya mengawal bahagian tengah dengan baik.

Lagipun usia Lucca masih muda dan masih baru bermain di Liga Malaysia. Abe rasa perlu beri dia lebih masa untuk serasi bermain dengan pasukan Kelantan.


Jonathan McKain

Jonathan McKain Kelantan


McKain pemain yang berasal daripada Australia. Sudah beraksi bersama Kelantan sejak musim 2015 selaku pemain pertahanan. Pemain ini agak keras ketika beraksi diatas padang.

Namum barisan pertahanan Kelantan pada musim ini bukanlah antara yang terbaik, kerana selepas 9 perlawanan gawang Kelantan telah bolos sebanyak 15 kali.

Bagi pendapat Abe, Kelantan perlukan sorang pemain import dibahagian pertahanan yang mampu beraksi lebih baik daripada pemain tempatan. Pemain yang mampu menjadi benteng ketika pasukan lawan menyerang.

DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or comissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "4 Pemain Import Kelantan 'Tak Bawa hasil' ?"

 
Copyright © 2020 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By. Catatan Info Re-Design By: Kuchalana