Kuchalana.com get the latest dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo, dream league soccer 2019

Pemain Tiada Jiwa Kelantan, Sila Keluar!

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Pemain Tiada Jiwa Kelantan, Sila Keluar!

Velizar Popov jurulatih baru bagi pasukan Kelantan. Kenyataan  pedas daripada Popov selepas TRW dimalukan dihadapan penyokong sendiri kepada Selangor tempoh hari, kepada pemain yang tiada "jiwa" Kelantan boleh meninggalkan pasukan.

If somebody don't want to play for Kelantan, he free get out immediately. They create 5 chances and score 5 goal, we create 7 chances but score only 2 goal. I don't want to walk about that refferee but i want to see this situation.

Tegas, itulah rata-rata komen yang Abe baca di media sosial yang memberi reaksi kepada kenyataan Popov ini. Ada yang cuba mengaitkan ketegasan Popov ini sama dengan B Sathianathan ketika membimbing Kelantan suatu ketika dahulu, dizaman kebangkitan semangat The Red Warriors.

Pemain Tiada Jiwa Kelantan, Sila Keluar!

Kenyataan Dari Jurulatih Kelantan, Velizar Popov

(Sidang Media Selepas Perlawanan Kelantan Vs Selangor)

Ia adalah sebahagian daripada permain, ada menang,seri dan kalah. Jadi, tiada drama dari saya dan ia sebahagian dari pekerjaan ini, permain bola sepak ini. Saya cuma mahu meminta maaf buat semua penyokong kerana mereka memberi sokong padu yang memukau sehingga tamat perlawanan.

Saya pasti penyokong tidak berpuas hati dengan persembahan hampir keseluruhan pemain-pemain. Mereka telah memberi segalanya dan berjuang sehingga perlawanan tamat. Dan dalam bola sepak, jika sesebuah pasukan itu menang, kredit buat pemain-pemain dan kalau sesebuah pasukan itu tewas, tanggungjawab kekalahan itu diberikan kepada jurulatih. 

Jadi, saya terima, saya bertanggungjawab atas kekalahan pada malam ini dan tiada masalah untuk itu. Saya berpuas hati dengan aksi hampir kesemua pemain-pemain malam ini cuma ada satu perkara kecil, dan saya rasa ia tidaklah kecil. 2 kad merah dalam 2 perlawanan dalam tempoh 3 hari. ITU TIDAK NORMAL. ITU TIDAK PROFESSIONAL. IA SANGAT KURANG BIJAK kerana kita bermain dengan 10 orang bertemu dengan salah satu pasukan terkuat dalam Malaysia.

Jika ada yang tidak mahu bermain bersama Kelantan, anda dipersilakan keluar dengan segera. Selangor mempunyai 5 peluang dan mereka berjaya menjaringkan 5 gol. Kita mendapat 7 peluang tapi hanya menjaringkan 2 gol. Saya tidak mahu bercakap mengenai mutu pengadilan dan saya akan melihat balik keadaan ini.

Sudah tentu kita akan mengambil beberapa orang pemain baru pada sesi perpindahan pemain nanti. Zamni,Piya dan Indra telah memberikan segala keringat mereka sehingga ke hujung perlawanan. Saya tidak membezakan pemain dengan kerakyatan mereka, pemain import mahupun tempatan dan usia mereka. Saya harap selepas kita berehat panjang, kita akan cuba memperkuatkan pasukan dengan membawa masuk pemain baru ataupun tidak.
- Velizar Popov

DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or comissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Pemain Tiada Jiwa Kelantan, Sila Keluar!"

 
Copyright © 2020 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By. Catatan Info Re-Design By: Kuchalana