logo dream league soccer, dream league soccer kits, kit dream league soccer, 512x512 kits logo,

Siapa Pemain Import Baru Kelantan 2016?

Siapa Pemain Import Baru Kelantan 2016?

Selepas mengharungi separuh pusingan Liga Super 2016, nyata pasukan Kelantan gagal memberikan saingan yang sepatutnya. Malah kini Kelantan telah jatuh ke tangga ke-8.

Beberapa langkah telah dilakukan untuk memulihkan kembali pasukan Kelantan, antaranya dengan menukar Ketua Jurulatih, Velizar Popov tiba dari Maldives untuk mengantikan K. Devan.

Ketika pintu perpindahan pemain dibuka, 2 pemain import Kelantan telah digugurkan iaitu Traore dan Lucca. Manakala nasib McKain pula bergantung kepada laporan kecerdasan selepas beliau menjalani pembedahan di Australia.

Jika McKain juga disingkirkan, ini bermakna Kelantan perlu mencari 3 pemain import yang baru. Adakah Kelantan masih mampu membawa masuk 3 pemain import yang baru, ketika ini Kelantan sedang dihimpit dengan masalah tunggakan bayaran kepada 5 bekas pemain tempatan, 1 tunggakkan Gilmar bekas penyerang import dan Bekas jurulatih Steve Darby.

Baiklah kita anggap Kelantan berjaya mengatasi masalah kewangan. Dan ada dana untuk membawa pemain import baru.

Adakah drama lama akan berulang kembali, buat perlawanan trial import, tapi pemain yang diuji ditolak dan tiba-tiba datang pemain import lain yang menandatangi kontrak.

TSAM ada berkata tempoh hari, Popov akan diberikan kebebasan untuk memilih pemain import.

Namum adakah drama lama akan berulang kembali. Pemain import dipilih oleh orang-orang tertentu yang dikatakan melalui agen bertaraf FIFA, tapi turun padang nak berlari pun tak larat.

Penyokong The Red Warriors juga sudah muak dengan drama kononnya pemain import baru datang dengan reputasi selaku bekas penjaring terbanyak, sudah berapa pemain import pemegang kasut emas gagal menyerlah di Kelantan. jadi hentikan perkara ini.

Biarlah jurulatih membuat keputusan siapa yang patut dan sesuai untuk masuk menyertai skuad Kelantan.

Pemain Import Baru Kelantan 2016

Wander Luiz Bitencourt Junior

wander luiz import baru kelantan 2016


Wander Luiz adalah pemain yang berasal daripada Brazil, lahir pada 30 May 1987. 

Luiz yang bermain diposisi Midfielder dan Forward dilihat sebagai pengganti kepada Traore.

Wander Luiz akan membantu Ilijoski dalam membuat gerak serangan menggempur kubu pertahanan lawan.

ilijoski kelantan 2016
Ilijoski akan berganding dengan Luiz.


Pemain ini sebenarnya biasa dengan suasana bolasepak Asia kerana berliau beraksi di Liga Thailand bersama pasukan seperti Buriram F.C (Songkhla United F.C), Ratchaburi FC dan Suphanburi F.C.

Malah beliau pernah juga beraksi di Liga Korea bersama kelab Ulsan Hyundai, dan sebelum itu Luiz sempat beraksi di Liga UAE bersama Fujairah SC.

Mampukah pemain ini menjadi pemain import yang mampu memenuhi hasrat penyokong Kelantan yang mahu melihat TRW kembali bangkit.

0 Komen untuk "Siapa Pemain Import Baru Kelantan 2016?"

 
Copyright © 2017 Kuchalana - All Rights Reserved
About Us | Contact Us | Privacy Policy |
Template By Catatan Info | Re-Design By : Kuchalana