logo dream league soccer, dream league soccer kits, kit dream league soccer, 512x512 kits logo,

Piala Malaysia 2016 : Kelantan vs Selangor

Perlawanan ke-5 Piala Malaysia 2016, Kelantan lawan Selangor yang akan menjadi pertemuan kali ke-4 buat kedua-dua pasukan pada musim ini.

Piala Malaysia 2016 : Kelantan vs Selangor


Abe tahu jauh disudut hati Popov untuk menang keatas Selangor, dulu dia tiba dalam keadaan yang masih belum bersedia dan telah dikejutkan dengan kemenangan besar Selangor keatas Kelantan.

Popov ada sentimental value dengan Selangor, sebab beberapa hari selepas dia jadi ketua jurulatih Kelantan terus dia dipaksa untuk bertemua bekas juara Piala Malaysia 2015 ini.

Di Shah Alam, bergelombang merah meriah. Kelantan terpaksa bermain 10 orang selepas Wan Zack disuruh keluar oleh pengadil. Namum pasukan Kelantan berjaya merantai Gergasi Merah dengan keputusan 0-0.

Balik ke Kota Bharu, malapetaka besar menimpa kepala batu Popov. Pada ketika itu sebesar-besar harapan diletakkan pada anak buah Popov untuk memberikan kejutan kepada Selangor. Namum kad merah tidak berbau, kini giliran Wan Zaharul Nizam pula kena hambat keluar padang. Lebih malang apabila tembus jaring gol Kelantan di 5 gol berbalas 2.

Tapi tak apa, kata Popov tiada istilah dendam dalam bolasepak. Kita hanya mahu turun kepadang, sepak bola dan menang. Ketika moral pemain Selangor dikibarkan agak tinggi. Mereka macam yakin sekali akan menang keatas Kelantan. Namum turun pemain yang sudah lama bertapa, Manaf Mamat yang memusnahkan harapan itu. Kelantan sekali lagi berjaya menambat Gergasi Merah dengan keputusan 3-3.

Dengan pretasi Kelantan yang semakin meningkat, semoga Kelantan mampu untuk mencatat kemenangan keatas Selangor untuk pertemuan kali-4 ini.

Walaupun begitu Kelantan sudah melayakkan diri ke pusingan suku akhir. Jadi tiada tekanan besar buat pemain Kelantan yang boleh turun dan 'enjoy the game'.

Tambahan pula kem Selangor kini sedang dilanda masalah, apabila ketua jurulatih mereka Zainal Abidin telah dipecat, namum selepas pemecatan itu Selangor masih mampu menang keatas Pahang.


Rekod Pertemuan Kelantan vs Selangor

Sejak 2015, kekuatan diatas kertas lebih memihak kepada Selangor yang pernah menang sebanyak 3 kali dan Kelantan pula hanya mampu menang sebanyak 2 kali.




20/07/2016 Piala Malaysia Selangor 3 3 Kelantan
21/05/2016 Liga Super Kelantan 2 5 Selangor
18/05/2016 Liga Super Selangor 0 0 Kelantan
02/10/2015 Piala Malaysia Kelantan 0 1 Selangor
12/09/2015 Piala Malaysia Selangor 0 3 Kelantan
19/08/2015 Liga Super Selangor 3 0 Kelantan
25/04/2015 Liga Super Kelantan 2 1 Selangor


Kedudukan Carta Piala Malaysia 2016 - Kumpulan B



Pos Team GP W D L GF GA GD Pts
1 Kelantan 4 3 1 0 6 3 3 10
2 Selangor 4 2 1 1 7 4 3 7
3 Kuala Lumpur 4 1 0 3 2 3 -1 3
4 Pahang 4 1 0 3 1 6 -5 3

Keputusan Perlawanan Kelantan vs Selangor


Piala Malaysia 2016 - 12 Ogos
Kelantan 1 3 Selangor
Wan Zaharulnizam (pn) 35' Abdul Hadi Yahya (pn) 21'
R. Gopinathan 23'
Patrick Ronaldinho 26'
R. Gopinathan 57'
0 Komen untuk "Piala Malaysia 2016 : Kelantan vs Selangor"

 
Copyright © 2017 Kuchalana - All Rights Reserved
About Us | Contact Us | Privacy Policy |
Template By Catatan Info | Re-Design By : Kuchalana