logo dream league soccer, dream league soccer kits, kit dream league soccer, 512x512 kits logo,

Velizar Popov : Prestasi Selepas 10 Perlawanan

Velizar Popov kini sudah membimbing pasukan Kelantan mengharungi 10 perlawanan. Kita akan lihat sejauh mana prestasi ketua jurulatih ini yang memiliki lesen kejurulatihan UEFA PRO.

Abe mulai menaruh minat terhadap Popov kerana  beliau berjaya merubah corak permainan pasukan Kelantan, keberanian beliau dalam banyak aspek seperti dari segi taktikal dan menberi peluang kepada pemain muda untuk beraksi bersama senior.

Selain itu Popov sendiri juga sering memberikan penghargaan buat penonton yang hadir, beliau mahu pasukan seiring dengan penyokong untuk membawa kejayaan kepada pasukan Kelantan.

Velizar Popov : Prestasi Selepas 10 Perlawanan


Biodata Velizar Popov


Sedikit biodata berkenaan Popov, lahir pada 7 Februari 1976 berasal daripada Plovdiv, Bulgaria.

Mula menjadi pemain bolasepak professional diusia 19 tahun bersama kelab Lokomotiv Plovdiv (1995-1996), Hebar Pazardzhik (1996-1998) dan Spartak Plovdiv (1998-1999).

Namum ketika usia 23 tahun, Popov telah menukar haluan daripada menjadi pemain bolasepak kepada bidang kejurulatihan.

Popov menjadi jurulatih remaja bagi pasukan Spartak Plovdiv (1999-2002), Cherno More (2002-2007).

Selepas itu beliau diberi kepercayaan untuk menjadi penolong jurulatih bagi kelab Cherno More (2007-2009).

Pada tahun 2009, bermulanya tugas baru Popov apabila beliau dilantik menjadi Ketua Jurulatih untuk kelab Cherno More (2009-2010), FC Liberika (2010-2011), Costuleni (2011-2012), New Radiant SC (2012-2013), Sur Club (2013-2014) dan Suphanburi (2014)

Pada Januari 2015, Popov buat pertama kalinya diberi kepercayaan untuk mengalas tugas sebagai ketua jurulatih pasukan Kebangsaan Maldives. Namum beliau meletakkan jawatan pada ogos 2015.

Pada Mei 2016, Popov diumumkan sebagi ketua jurulatih baru pasukan Kelantan bagi menggantikan K. Devan.

Popov : Pretasi Selepas 10 Perlawanan Bersama Kelantan


Velizar Popov Kelantan


Kita fokus kepada 10 perlawanan yang telah diharungi Popov bersama pasukan Kelantan.

Dalam 10 perlawanan setakat ini, Popov terpaksa turun bertarung dalam 5 perlawanan perprofil tinggi, menentang pasukan top 3 Liga Super musim ini iaitu Johor Darul Takzim, Felda United dan Selangor.


18/05/2016 Liga Super Selangor 0 0 Kelantan
21/05/2016 Liga Super Kelantan 2 5 Selangor
12/07/2016 Piala Malaysia Kelantan 1 0 Pahang
15/07/2016 Liga Super Terengganu 1 6 Kelantan
20/07/2016 Piala Malaysia Selangor 3 3 Kelantan
23/07/2016 Liga Super Kelantan 0 0 Pahang
26/07/2016 Liga Super Johor Darul Takzim 1 0 Kelantan
30/07/2016 Piala Malaysia Kelantan 1 0 Kuala Lumpur
03/08/2016 Liga Super Kelantan 1 1 Felda United
06/08/2016 Liga Super Kelantan 2 0 T-Team

Popov telah berjaya memimpin Kelantan untuk mencatat 4 kemenangan, 4 Keputusan Seri dan hanya 2 Kalah.

Mungkin kita nampak keputusan ini agak seimbang, namum bagi Abe itu sudah cukup kerana Abe tahu prestasi pasukan Kelantan memang berada ditahap yang agak lemah.

Satu perkara yang daripada musim lepas lagi Abe mahu lihat adalah perubahan corak permainan Kelantan. Dan Popov berjaya melakukannya, kini Kelantan sudah boleh bermain dengan corak permainan hantaran pendek dan laju berbanding sebelum ini lebih banyak membuat hantaran tinggi.


Home


06/08/2016 Liga Super Kelantan 2 0 T-Team
03/08/2016 Liga Super Kelantan 1 1 Felda United
30/07/2016 Piala Malaysia Kelantan 1 0 Kuala Lumpur
23/07/2016 Liga Super Kelantan 0 0 Pahang
12/07/2016 Piala Malaysia Kelantan 1 0 Pahang
21/05/2016 Liga Super Kelantan 2 5 Selangor

Away


26/07/2016 Liga Super Johor Darul Takzim 1 0 Kelantan
20/07/2016 Piala Malaysia Selangor 3 3 Kelantan
15/07/2016 Liga Super Terengganu 1 6 Kelantan
18/05/2016 Liga Super Selangor 0 0 Kelantan

Saru perkara lagi tentang Popov adalah beliau berani menggunakan khidmat pemain-pemain muda, mungkin disebabkan keadaan terdesak dengan ada pemain tunggak yang digantung dan mengalami kecederaan, namum aksi yang dipamerkan oleh pemain muda juga tidak mengecewakan malah mungkin mereka selepas ini akan diberikan lebih banyak peluang untuk berada dan senarai kesebelasan utama TRW.


Popov Dalam Liga Super 2016

Persaingan di liga adalah penting untuk setiap pasukan yang bertanding. Begitu juga untuk Kelantan, pada musim lepas kita jatuh tersungkur berada di tangga ke-9.

Jadi selagi peluang masih terbuka, Abe harap Popov berjaya mengekalkan momentum dan terus berada dalam Top5 Liga Super musim ini.

Berikut pula perbandingan antara K. Devan dan Popov dalam saingan Liga Super 2016.


Headcoach GP W D L GF GA Pts
K. Devan 10 3 3 4 17 17 12
V. Popov 7 2 3 2 11 8 9

Kini persiangan Liga Super masih berbaki 5 perlawanan dengan 15 mata lagi untuk direbut oleh pasukan Kelantan. Walaupun kini berada di tangga ke-5, itu belum cukup sebab jika Kelantan tercicir mata pasukan lain sudah siap sedia untuk potong daripada belakang.


Rumusan

Untuk saingan Piala Malaysia 2016, KAFA sendiri hanya meletakkan sasaran untuk sekadar layak ke pusingan Suku Akhir. Jika Kelantan mampu untuk menang keatas Kuala Lumpur pada 9 Ogos nanti, Kelantan sudah layak ke pusingan kalah mati.

Bagi Abe KPI untuk Popov tidak seharusnya kita letakkan untuk menjulang piala semata-mata. Popov perlu dikekalkan untuk musim 2017 kerana kita boleh nampak kemampuan beliau untuk menaikkan bakat-bakat muda untuk menjadi pemain barisan pelapis Kelantan untuk masa hadapan.

Cuma kini Abe nak cabar Popov untuk hapuskan badi, kerana Kelantan sudah lama tidak mampu untuk menang 3 kali berturut-turut.


0 Komen untuk "Velizar Popov : Prestasi Selepas 10 Perlawanan"

 
Copyright © 2017 Kuchalana - All Rights Reserved
About Us | Contact Us | Privacy Policy |
Template By Catatan Info | Re-Design By : Kuchalana