logo dream league soccer, dream league soccer kits, kit dream league soccer, 512x512 kits logo,

Liga Super 2016 : PDRM vs Kelantan

Perlawanan ke-21 Liga Super 2016, PDRM menentang Kelantan di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 23 September 2016.

Liga Super 2016 : PDRM vs Kelantan


Ini bakal menjadi pertemuan ke-4 bagi kedua-dua pasukan pada musim ini. Dalam 3 perlawanan sebelum ini telah menyaksikan Kelantan memang 2 kali dan PDRM menang sekali.

Namum ada 2 perlawanan itu adalah diperingkat suku akhir Piala Malaysia, walaupun Kelantan menang sekali, namum PDRM berjaya mara dengan kelebihan gol ditempat lawan.

Maka berakhirlah impian Kelantan untuk menjulang sekurang-kurangnya 1 piala pada musim ini.

Kini Kelantan hanya tingal baki 2 perlawanan sebelum saingan Liga Malaysia melabuhkan tirainya.

Apa harapan yang ada pada pasukan Kelantan kini hanyalah untuk memperbaiki kedudukan dalam Liga Super.

Secara matematik kasarnya, Kelantan mampu menamatkan saingan Liga Super di kedudukan ke-4.

Namum itu semua bergantung kepada nasib dan mengharapkan kekalahan beberapa pasukan seperti Selangor, T-Team serta Perak.

Jadi Kelantan perlu menang dalam 2 perlawanan terakhir untuk sekurang-kurangnya berada dalam kelompok pertengahan liga.

Rekod Perlawanan PDRM vs Kelantan


17/09/2016 Piala Malaysia (Suku Akhir 2) PDRM 0 1 Kelantan
28/08/2016 Piala Malaysia (Suku Akhir 1) Kelantan 1 2 PDRM
16/2/2016 Liga Super Kelantan 1 0 PDRM
8/7/2015 Liga Super PDRM 1 3 Kelantan
21/2/2015 Liga Super Kelantan 0 4 PDRM
23/6/2009 Liga Super Kelantan 4 0 PDRM
24/2/2009 Piala FA (Round 2) PDRM 1 3 Kelantan
21/2/2009 Piala FA (Round 2) Kelantan 5 1 PDRM
13/1/2009 Liga Super PDRM 2 4 Kelantan


Keputusan Perlawanan Kelantan Vs PDRM



Liga Super 2016 #21
PDRM 1 2 Kelantan
Fakhrul Aiman 40'
Indera Putra 31'
Baze Ilijoski 78'
0 Komen untuk "Liga Super 2016 : PDRM vs Kelantan"

 
Copyright © 2017 Kuchalana - All Rights Reserved
About Us | Contact Us | Privacy Policy |
Template By Catatan Info | Re-Design By : Kuchalana