logo dream league soccer, dream league soccer kits, kit dream league soccer, 512x512 kits logo,

Final Piala Malaysia 2016 : Kedah Vs Selangor

Perlawanan penentuan dalam perebutan piala bersejarah bolasepak Malaysia bagi musim ini telah tiba dikemuncaknya untuk edisi ke-90. Perlawanan ini diibaratkan ulangan Final Piala Malaysia 2015.

Perlawanan Final Piala Malaysia 2016 akan menemukan Selangor vs Kedah pada 30 Oktober di Stadium Shah Alam.

Final Piala Malaysia 2016 : Kedah Vs Selangor


Ini merupakan pertemuan kali ketiga bagi kedua-dua pasukan dalam aksi perlawanan akhir, iaitu pada musim 2008 dan 2015.

Selangor akan turun untuk menpertahankan kejuaraan mereka pada musim setelah berjaya merealisasikan misi 33 mereka.

Kini mungkin mereka mahu mengulangi kejayaan mereka pernah menjadi juara hatrik sebanyak 4 kali. Kali terakhir mereka meraih kejuaraan 3 kali berturut-turut adalah pada musim 1995, 1996 dan 1997.

Disamping itu mereka juga sudah semestinya mahu menebus kekecewaan pada musim selepas terlepas peluang dalam saingan Liga dan Piala FA.

Manakala Kedah yang pernah menjulang Piala Malaysia sebanyak 4 kali akan turun untuk membalas dendam terhadap kekalahan mereka pada musim lalu.


Rekod Perlawanan Kedah Vs Selangor


Rekod ini diambil sejak 2008, iaitu kali terakhir Kedah menjulang trofi Piala Malaysia. Semenjak itu kedua-dua pasukan telah bertembung sebanyak 12 kali (tidak termasuk perlawanan persahabatan).

Team Pld W D L GF GA Pts
Selangor 12 6 2 4 22 12 20
Kedah 12 4 2 6 12 22 14

Selangor telah mencatat kemenangan sebanyak 6 kali, manakala Kedah cuma menang sebanyak 4 kali dan 2 perlawanan berkeputusan seri.

Rekod diatas kertas mungkin memihak kepada Selangor, namum berdasarkan prestasi semasa agak tenat dipihak Selangor, kerana dalam perlawanan pada musim ini Selangor gagal menewaskan Kedah dalam saingan Liga Super.

06/08/16 Liga Super Kedah 1-0 Selangor
05/04/16 Liga Super Selangor 2-2 Kedah
12/12/15 Piala Malaysia (Final) Selangor 2-0 Kedah
03/07/12 Liga Super Selangor 1-1 Kedah
03/03/12 Liga Super Kedah 1-0 Selangor
09/05/11 Liga Super Kedah 0-2 Selangor
01/03/11 Liga Super Selangor 2-0 Kedah
03/08/10 Liga Super Kedah 2-0 Selangor
06/03/10 Liga Super Selangor 4-0 Kedah
23/05/09 Liga Super Selangor 3-1 Kedah
03/01/09 Liga Super Kedah 1-4 Selangor
23/08/08 Piala Malaysia (Final) Kedah 3-2 Selangor

DISCLAIMER : The information contained on http://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or omissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Final Piala Malaysia 2016 : Kedah Vs Selangor"

 
Copyright © 2017 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By Catatan Info | Re-Design By: Kuchalana