logo dream league soccer, dream league soccer kits, kit dream league soccer, 512x512 kits logo,

Liga Super 2016 : Kelantan vs Perak

Perlawanan terakhir Liga Super 2016, Kelantan menentang Perak pada 22 Oktober di Stadium Sultan Muhammad ke-iv.

Walaupun juara Liga Super 2016 sudah kita ketahui iaitu menjadi milik Johor Darul Takzim, namum bagi pasukan Kelantan perlawanan terakhir ini tidak kurang penting juga untuk menamatkan saingan liga musim ini dengan berda dikedudukan yang lebih baik daripada musim lepas.

Liga Super 2016 : Kelantan vs Perak


Kini Kelantan berada di tangga ke-4 Liga Super, dan hanya dipisahkan 1 mata dengan pasukan Perak yang berada di tangga ke-6.

Jadi pasukan Kelantan perlu mengutip 3 mata penuh untuk memastikan kedudukan di tempat ke-4 dapat dipertahankan.

Walaupun tidak memenangi sebarang piala pada musim ini, sekurang-kurangnya Kelantan berjaya meningkatkan prestasi dalam saingan Liga Super berbanding musim lalu yang hanya menduduki tempat ke-9.

Bagi pasukan Perak, mereka juga mahu memperbaiki percapaian mereka dalam Liga Super. Musim lepas mereka menduduki tangga ke-8. Sudah pastinya mereka akn berusaha keras untuk menewaskan kelantan bagi merebut tempat ke-4.

Rekod Perlawanan Kelantan Vs Perak

Dalam perlawanan Liga Super pusingan satu Kelantan sekadar seri dengan Perak.

Untuk rekod sejak tahun 2009 Perak kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 18 perlawanan. Dan Perka hanya mampu menang keatas kelantan sebanyak 2 kali sahaja dan 5 perlawanan berkesudahan seri.

Dan kali terakhir Perak menang di Kota Bharu adalah pada tahun 2011.

Prestasi semasa bagi kedua-dua pasukan dalam 5 perlawanan terakhir pula adalah seimbang. Kedua-dua pasukan hanya mampu mencatat 2 kemenangan, 1 seri dan 2 kekalahan.



13/02/16 Liga Super Perak 0-0 Kelantan
01/08/15 Liga Super Kelantan 1-0 Perak
06/03/15 Liga Super Perak 0-0 Kelantan
17/05/14 Liga Super Kelantan 2-1 Perak
08/02/14 Liga Super Perak 2-1 Kelantan


Keputusan Perlawanan Kelantan Vs PDRM


Liga Super 2016 - #22
Kelantan 2 2 Perak
Blazhe Ilijoski 37', 90+4'
Shahrul Saad 53'
Fazrul Hazli 66'
0 Komen untuk "Liga Super 2016 : Kelantan vs Perak"

 
Copyright © 2017 Kuchalana - All Rights Reserved
About Us | Contact Us | Privacy Policy |
Template By Catatan Info | Re-Design By : Kuchalana