Kuchalana.com get the latest dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo, dream league soccer 2019

Zahasmi Ismail Jurulatih Baru Kelantan 2017

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Zahasmi Ismail antara nama pemain Kelantan yang diingati oleh peminat bola sepak di negeri ini, pemain lawan pula lebih mengenali beliau sebagai 'kereta kebal' kerana corak pemainan beliau.

Kini beliau akan kembali berkhidmat untuk pasukan Kelantan sebagai Ketua Jurulatih untuk membimbing pasukan Kelantan menhadapi Liga Malaysia 2017.

Dahulu beliau bermain diposisi pertahanan , karier bolasepak beliau bermula pada tahun 1986 bersama pasukan Kelantan, selepas itu beliau berhijrah ke Terengganu pada tahun 1994.

Hampir 2 tahun berada di negeri jiran, beliau kembali ke skuad Kijang pada tahun 1997. Dan dipenghujung kariernya, Zahasmi bermain untuk pasukan berstatus kelab iaitu JKR Kelantan dari tahun 2000 hingga 2004.

Kerjayanya dalam bolasepak tidak habis disitu, pada tahun 2011 beliau kembali setelah namanya terpilih untuk membimbing skuad Piala Presiden Kelantan.

Zahasmi berjaya membawa anak muda Kelantan menjuarai Piala Presiden (B-21) pada musim 2011.

Dari rekod cemerlang itu, beliau telah dinaikkan 'pangkat' menjadi Penolong Jurulatih pada musim 2012.

Zahasmi Ismail Jurulatih Baru Kelantan 2017


Zahasmi Penyelamat Kelantan Dalam Liga Super 2015


Pada musim 2015, ketika prestasi Pasukan Kelantan terumbang-ambing. Dalam satu musim sahaja, jawatan Ketua Jurulatih Kelantan bertukar sebanyak 3 kali.

Pada ketika itu Azraai Khor yang mengambil alih kerusi panas selaku ketua jurulatih Kelantan daripada George Boateng, Azraai telah mengumumkan perletakkan jawatan selepas dibelasah pasukan Lions Xii 3-0.

Zahasmi selaku penolong jurulatih pada ketika itu, mengalas tugas getir membimbing pasukan Kelantan. Dengan pengalaman hampir 4 tahun selaku penolong jurulatih, prestasi Zahasmi tidak mengecewakan sebenarnya. Pada masa itu Liga Super masih berbaki 10 perlawanan.

Dalam 10 perlawanan Liga Super, Zahasmi berjaya mencatat 5 kemenangan, 2 keputusan seri dan 3 kekalahan.

Paling diingati adalah kejayaan Zahasmi membimbing anak buahnya menang menewaskan JDT di Kota Bharu, walaupun dengan skuad yang tidak stabil namum Kelantan berjaya mencatat kemenangan 4-1.

Kelantan menamatkan saingan Liga Super 2015 dengan berada di tangga ke-9.

Berdasarkan rekod sebelum ini, Zahasmi boleh dikatakan penyelamat kepada Kelantan daripada berada di zon penyingkiran. Kerana sebelum Zahasmi mengambil alih, prestasi Kelantan dirundum malang dengan 7 Kekalahan, dan hanya mampu  mencatat 3 kemenangan dan 2 seri


Piala Malaysia 2015


Selepas itu Zahasmi Ismail berhempas pulas pula untuk membawa semangat The Red Warriors dalam saingan Piala Malaysia.

Namum Kelantan hanya mampu beraksi diperingkat kumpulan berada ditangga Ke-3 dengan mencatat 2 menang, 2 seri dan 2 kalah.


2016 Zahasmi ke MOF FC

Walaupun ada peminat yang mahukan Zahasmi terus dikekalkan dan dinaikkan menjadi Ketua Jurulatih Kelantan, namum pengurusan KAFA ada plan lain.

Pada musim 2016, nama Zahasmi tercicir dan K. Devan dilantik menjadi Ketua Jurulatih. Beliau keluar membawa diri ke MOF F.C untuk membantu pasukan itu bersaingan dalam Liga FAM.

MOF FC berjaya menduduki tangga ke2 Liga FAM, namum mereka gagal di peringkat Suku Akhir setelah tewas kepada pasukan Air Asia.



Mampukah Zahasmi membawa Kelantan kembali bangkit pada musim 2017? Besar harapan peminat diletakkan diatas bahu Zahasmi.

Bagi Abe, dalam keadaan sekarang KPI beliau bukanlah untuk menang piala, tapi Abe mahu lihat perubahan dalam bola sepak Kelantan, diharap Zahasmi akan memulakan misi membentuk pasukan Kelantan bermula daripada pemain-pemain muda.

DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or comissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Zahasmi Ismail Jurulatih Baru Kelantan 2017"

 
Copyright © 2020 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By. Catatan Info Re-Design By: Kuchalana