Kuchalana.com get the latest dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo, dream league soccer 2019

Liga Super 2017 | Kelantan vs Johor Darul Takzim

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Liga Super 2017, perlawanan tertunda diantara Kelantan menentang Johor Darul Takzim akan berlangsung pada 12 April di Stadium Sultan Muhammad IV.

Sepatutnya pertemuan ini dijadualan berlangsung awal, namum untuk memberi laluan kepada JDT beraksi kelayakkan AFC Champions League perlawanan telah ditangguhkan.

Kelantan yang baru sahaja tewas kepada Pahang, misi kebangkitan sekali lagi nampaknya tergendala. Lebih getir adalah mereka perlu turun menentang pasukan JDT yang sedang berada dalam prestasi terbaik.

Daripada rekod sudah lama pasukan Kelantan gagal untuk mencatat kemenangan 3 kali berturut-turut. Isu ini sudah banyak kali diperkatakan oleh pemerhati bolasepak Kelantan. Perkara ini sering dijadikan KPI oleh sesetengah penyokong kepada setiap jurulatih baru yang masuk ke Kelantan.

Dan setakat musim ini, misi ini masih belum tercapai. Jika kita perhati kepada rentak pada musim ini, selepas berjaya mencatat kemenagan dua kali berturut-turut selepas itu pasukan Kelantan tewas 3 kali berturut-turut. Ini bukan sesuatu yang baik.

Untuk perlawanan ini, sebenarnya Kelantan mampu melonjakkan diri ketangga ke-4 Liga Super jika berjaya mengutip 3 mata penuh dan berjaya menjaringkan gol mengatasi perbezaan gol pasukan Selangor.

Namum jika tewas Kelantan akan terus tercicir daripada persaingan untuk mengejar pasukan teratas.

Liga Super 2017 | Kelantan vs Johor Darul Takzim


Johor Darul Takzim, kini mereka sedang berusaha untuk mengasak 2 pasukan pendahulu iaitu Kedah dan Pahang. Perlawanan di Kota Bharu adalah penting buat JDT. Jika mereka berjaya meraih 3 mata penuh, JDT akan terbang naik ke puncak untuk memimpin Liga Super.

Jika dilihat daripada prestasi mereka pada musim ini yang baru tewas sekali dan seri 2 kali. JDT sebenarnya tiada masalah untuk menang dalam perlawanan ini.

Mereka sudah 3 kali berturut-turut menjulang kejuaraan Liga Super, sudah pastinya tahun ini mereka mahu sekali lagi mencatat sejarah dan terus kekal menjadi pasukan paling banyak memenangi Liga Super sejak ia diperkenalkan pada musim 2004.

Pujian kepada JDT kerana mereka sebenarnya terpaksa menghadapi jadual perlawanan yang padat disebabkan mereka juga beraksi untuk saingan AFC Cup. Jadi penggiliran pemain sangat penting dilakukan dengan teliti.


Rekod Pertemuan Kelantan Vs Johor Darul Takzim

Pada musim lalu, ketika pertemuan di Kota Bharu, Kelantan berjaya mengikat JDT dengan keputusan seri 2-2. dan pada musim 2015, Kelantan berjaya menewaskan JDT dengan jaringan 4-1.

Namum dalam 8 pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super sejak musim 2013, dengan jelas kita lihat pasukan JDT memiliki kelebihan iaitu dengan mencatat 5 kemenangan dan 2 keputusan seri. Manakala Kelantan hanya pernah menang sekali sahaja.



26/0716 Liga Super Johor Darul Takzim 1-0 Kelantan
08/04.16 Liga Super Kelantan 2-2 Johor Darul Takzim
15/08.15 Liga Super Kelantan 4-1 Johor Darul Takzim
18/04/15 Liga Super Johor Darul Takzim 3-1 Kelantan
02/09/14 Piala Malaysia (Group C) Kelantan 0-3 Johor Darul Takzim
13/08/14 Piala Malaysia (Group C) Johor Darul Takzim 1-0 Kelantan
20/06/14 Liga Super Johor Darul Takzim 3-0 Kelantan
25/03/14 Liga Super Kelantan 1-2 Johor Darul Takzim
05/10/13 Piala Malaysia (Suku Akhir 2) Kelantan 6-1 Johor Darul Takzim
28/09/13 Piala Malaysia (Suku Akhir 1) Johor Darul Takzim 4-2 Kelantan
29/06/13 Piala FA (Final) Kelantan 1-0 Johor Darul Takzim
22/05/13 Liga Super Johor Darul Takzim 2-0 Kelantan
15/01/13 Liga Super Kelantan 1-1 Johor Darul Takzim


Carta Rekod Perlawanan Kelantan vs Pahang sejak musim 2013.


Team Pld W D L GF Pts
Johor Darul Takzim 8 5 2 1 15 17
Kelantan 8 1 2 5 9 5

*Melibatkan perlawanan Liga Super sejak musim 2013 sahaja.

DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or comissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Liga Super 2017 | Kelantan vs Johor Darul Takzim"

 
Copyright © 2020 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By. Catatan Info Re-Design By: Kuchalana