Kuchalana.com get the latest dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo, dream league soccer 2019

Logo Baru Harimau Malaysia

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini dalam proses menjenamakan semula skuad bolasepak kebangsaan. Gelaran pasukan bolasepak kebangsaan telah ditukar daripada "Harimau Malaya" kepada "Harimau Malaysia".

Dengan itu FAM sedang menganjurkan satu Peraduan Mencipta Logo Baru Harimau Malaysia. terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang kreatif dan berbakat dalam reka grafik.

Logo yang dicipta perlu berlandaskan hasrat FAM dalam mengutamakan pembangunan sukan bolasepak di Malaysia. Dan logo yang menang peraduan nanti akan menjadi lambang identiti dan imej baharu pasukan bolasepak negara.

Logo baru itu juga akan diguna pakai dalam semua jenis percetakkan dan dalam mana-mana acara suka, peraduan serta majlis rasmi kelolaan FAM.

Logo Baru Harimau Malaysia

SYARAT DAN TERMA PERADUAN

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo akan dipilih sebagai pemenang.

Semua ciptaan mestilah asli dan tidak ditiru dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar negara.

Semua logo yang diterima oleh Urus Setia Peraduan Logo Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menjadi hak milik FAM. Melalui penyertaan peraduan ini, segala hak cipta hasil kerja diberikan kepada FAM dan peserta tidak memiliki sebarang hak tuntutan terhadap karya ataupun hasil kerja yang diserahkan kepada FAM bagi peraduan ini. Bagi logo dipilih oleh FAM, FAM akan berhak ke atas logo tersebut dan akan mempunyai kuasa untuk meminda ataupun mengubahsuai bagi maksud menggunakan ataupun mencetaknya sebagai lambang FAM.

Peserta hendaklah memberikan butir-butir diri yang berikut apabila menghantar penyertaan:

  1. Nama Penuh
  2. Nombor kad pengenalan
  3. Nombor telefon
  4. Alamat E-mel
  5. Salinan kad pengenalan Malaysia

Hak pemenang yang terpilih adalah hadiah wang tunai beserta sijil penyertaan.


SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO

Reka Bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen berunsur fitnah, menghasut ataupun yang boleh dianggap sebagai sensitif dan boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak.

FAM tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga atas alasan perlanggaran hak cipta. Dalam keadaan sedemikian, FAM akan berhak ataupun berkuasa untuk membawa tindakan terhadap peserta yang menghantar penyertaan yang melanggar hak cipta pihak yang lain.

Setiap penyertaan mesti dihantar dengan menggunakan format EPS/PDF serta PNG  (alpha background). Saiz logo tersebut tidak melebihi 200 mm (tinggi) x 200 mm (lebar) bersamaan 567 pixel x 567 pixel. Saiz file tersebut mesti tidak melebihi 3 MB. Borang peraduan yang dimuat turun mestilah diletakkan di bahagian bawah kanan karya rekaan logo.

Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan.

Logo seharusnya menggambarkan objektif, fungsi pasukan bola sepak kebangsaan.

Reka cipta logo hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) warna tetapi tidak melebihi empat (4) warna.

Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.


CARA-CARA MENYERTAI

Untuk menyertai peraduan ini, peserta perlu untuk:

Layari laman Facebook kami dan tekan ‘like’ di:

  • facebook.com/OfficialHarimauMalaysia
  • facebook.com/FAMalaysiaOfficial



Muat turun borang peraduan di laman www.harimaumalaysia.my

Mereka logo HARIMAU MALAYSIA mengikut kreativiti masing-masing dan setiap rekaan mesti mengambarkan semangat tinggi pasukan bola sepak kebangsaan.

Hantar hasil karya dan borang penyertaan ke urus setia peraduan ke alamat emel: harimaumalaysia@fam.org.my

Semua penyertaan akan dinilai dan dipilih oleh Panel-panel Khas dan akan memilih TIGA rekaan logo terbaik. Logo ketiga-tiga finalis ini akan dipaparkan kepada umum di laman facebook serta laman web khas kami untuk proses pengundian oleh orang ramai. Pemenang akan dipilih melalui undian yang paling tinggi.


TEMPOH PERADUAN

Peraduan ini akan bermula pada 3 Februari 2016 (9.00 pagi) sehingga 29 Februari 2016 (6.00 petang)


Pihak FAM berhak untuk mengubah tempoh peraduan mengikut kesesuaian keadaan. Pihak penganjur akan mengemaskini jika terdapat perubahan tarikh peraduan pada laman web www.harimaumalaysia.my


HADIAH

Pemenang akan menerima wang tunai sebanyak RM10,000.00  berserta sijil penyertaan.

Dua hadiah saguhati akan diberilan kepada pemenang tempat kedua dan ketiga sebanyak RM2,500.00 setiap seorang.

Pemenang akan dimaklumkan oleh pihak Urus Setia melalui melalui surat dan e-mel.

Majlis penyampaian hadiah akan dilakukan dalam satu majlis yang akan dimaklumkan kemudian.


Untuk maklumat lanjut tentang peraduan mencipta logo baru Harimau Malasia ini sila ke laman berikut :- http://www.fam.org.my/news/peraduan-mencipta-logo-harimau-malaysia

DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or comissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Logo Baru Harimau Malaysia"

 
Copyright © 2020 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By. Catatan Info Re-Design By: Kuchalana