logo dream league soccer, dream league soccer kits, kit dream league soccer, 512x512 kits logo,

Separuh Akhir AFC Cup 2016 : Johor Darul Takzim vs Bengaluru FC

Saingan AFC Cup 2016 kini memasuki peringkat separuh akhir. Wakil Malaysia iaitu Johor Darul Takzim akan beraksi menentang Bengaluru FC wakil daripada India.

Separuh Akhir AFC Cup 2016 : Johor Darul Takzim vs Bengaluru FC


JDT akan turun selaku juara bertahan AFC Cup 2015, mereka menjadi pasukan pertama daripada Asia Timur yang merangkul kejuaraan AFC Cup.

Laluan JDT menuju ke Final AFC Cup musim ini nampak mudah dan jika dilihat daripada rekod diatas kertas JDT sebenarnya tiada masalah untuk sekali lagi layak ke pentas final.

Sebelum ini JDT telah menewaskan Kaya FC (Filipina) di Round of 16, kemudian mara untuk bertemu South China (Hong Kong) di peringkat suku akhir.

Bagi pasukan Bengaluru FC, ini adalah percubaan kali kedua mereka dalam AFC Cup. Pada tahun lepas mereka hanya mampu mara sehingga ke peringkat kalah mati round of 16.

Lalulaun Bengaluru FC pula adalah dengan menewaskan Ceres (Filipina) dan menewaskan kelab Singapura iaitu Tampines Rovers di suku akhir.

Kedua-dua pasukan ini juga sebenarnya sudah menempah satu slot di peringkat Play-Off AFC Champions League 2017.


Rekod Pertemuan Johor Darul Takzim vs Bengaluru FC

Kedua-dua pasukan pernah bertemu sebanyak 3 kali. Dan kesemua perlawanan tersebut telah dimenangi oleh JDT.

Malah kedua-dua pasukan ini adalah beraksi dalam kumpulan yang sama ketika diperingkat awal persaingan.

Berdasarkan rekod ini kita yakin JDT tiada masalah besar untuk layak, apatah lagi kini JDT cuma perlu fokus kepada saingan AFC Cup sahaja dengan aksi Liga Super yang sudah sampai ke penghujung.



11/05/2016 AFC Cup (Group H) Johor Darul Takzim 3-0 Bengaluru FC
09/03/2016 AFC Cup (Group H) Bengaluru FC 0-1 Johor Darul Takzim
04/02/2015 AFC CL (Kelayakan R1) Johor Darul Takzim 2-1 (AET) Bengaluru FC


Jadual dan Keputusan Perlawanan Separuh Akhir - AFC Cup 2016



AFC Cup 2016 : Semi Final 1
Johor Darul Takzim 1 1 Bengaluru FC
Pereyra Diaz 52' 28 September 2016 Lyngdoh 56'


AFC Cup 2016 : Semi Final 2
Bengaluru FC 3 1 Johor Darul Takzim
Chhetri 41', 67'
Juanan 76'
19 Oktober 2016 Safiq 11'

DISCLAIMER : The information contained on http://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or omissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Separuh Akhir AFC Cup 2016 : Johor Darul Takzim vs Bengaluru FC"

 
Copyright © 2017 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By Catatan Info | Re-Design By: Kuchalana