logo dream league soccer, dream league soccer kits, kit dream league soccer, 512x512 kits logo,

Percapaian Kelantan dalam Liga Malaysia 2016

Perjalanan Kelantan dalam Liga Malaysia sepanjang musim 2016. Sejauh mana visi dan misi KAFA dalam membentuk pasukan Kelantan untuk menjadi pasukan yang berjaya serta kembali bangkit selepas mengalami zaman kejatuhan sejak musim 2014.

Kelantan memulakan musim ini dengan kontroversi apabila kemasukan Dato Seri Vida sebagai penaja. Jersi Kelantan, warna merah luntur menjadi merah jambu, kerna akur pada kemahuan penaja. Stadium keramat The Red Warriors juga turut bertukar warna menjadi 'merah jambu'.

Skuad Kelantan dalam Liga Malaysia 2016
kredit gambar : fan page TRWFC


Kemasukan K. Devan juga sebenarnya begitu diragui oleh penyokong setia Kelantan. Rekod 2 musim terakhir beliau sebelum berhijrah ke Kelantan, Devan hanya melatih pasukan yang berada di Liga Perdana iaitu P.Pinang dan Negeri Sembilan.

Semuanya nampak baik pada permulaannya, Dalam 5 perlawanan pertama Liga Super K. Devan hanya tewas sekali dan Menang serta seri sebanyak 2 kali.

Namum kegagalan K. Devan membawa pasukan Kelantan mara lebih jauh dalam Piala FA mengecewakan penyokong. Ramai yang beri harapan agar Kelantan mampu mara sehingga ke peringkat akhir mengulangi kejayaan pada musim lalu selaku naib juara Piala FA 2015.

Dari sini bermulanya episod kegagalan K. Devan dan corak permainan pasukan Kelantan mula mendapat kritikan. Percaturan Devan dan permainan Kelantan serba tak menjadi.

Selepas itu, K. Devan hanya mampu mencatat 1 kemenangan sahaja dalam fasa 5 perlawanan seterusnya. Jadi dalam 10 perlawanan Liga Super, K Devan hanya mampu mencatat 3 kemenangan, 3 keputusan seri dan 4 kekalahan.

Pemain import Kelantan 2016 gagal

Disamping kemerosotan K. Devan, keupayaan pemain import juga dipertikaikan. Kemasukan 'top scorer' tidak seperti yang diharapkan, Traore tidak menjadi di Kelantan.

Ayat yang tepat Abe boleh jelas pasal Traore adalah "from Hero to Zero", beliai datang dengan rekod penjaring terbanyak Liga Super 2015 dengan 19 gol, namum ketika bersama Kelantan beliau hanya menjarikan 3 gol dalam 13 perlawanan.

Tapi jangan risau Traore, anda bukan 'top scorer' pertama yang gagal disini. Kelantan ada hikayat tersendiri dengan 'Top Scorer', ada masa nanti Abe ceritakan.

Akhirnya K. Devan meletak jawatan, dan digantikan oleh Velizar Popov, nama yang sangat asing dalam kancah bolasepak Malaysia. Dengan gaya tersendiri Popov mula menambat hati penyokong TRW.

Nasib Popov sedikit baik dengan menukar rekod K. Devan, dalam 12 perlawanan Liga Super Popov membawa Kelantan mencatat 4 kemengan, 5 seri dan cuma tewas sebanyak 3 kali sahaja.

Sentuhan Ajaib Velizar Popov

Dalam era Popov kebangkitan pemain muda menjadi sebutan seluruh penyokong Kelantan. Nama Qayyum dan Faris Shah mendapat kepercayaan Popov untuk berada dalam skuad utama.

Sebenarnya besar harapan penyokong Kelantan untuk melihat Popov kekal hingga ke musim hadapan, kita mahu melihat lebih ramai barisan pemain muda digilap oleh Popov.

Pada aksi Piala Malaysia 2016 pula, Popov membawa Kelantan mara sehingga ke suku akhir. Memperbaiki keputusan musim lalu yang hanya bemain diperingkat kumpulan sahaja.

Percapaian Kelantan dalam Liga Malaysia 2016

Rekod percapaian Kelantan pada musim ini adalah seperti dalam graf dibawah, kita bahagikan kepada era K. Devan dan V. Popov untu melihat prestasi TRW sepanjang musim.


  • Liga Super 2016 : Berada di tangga ke-4, naik berbanding musim lalu daripada tangga ke-9.
  • Piala FA 2016 : Merosot, hanya mampu mara ke pusingan ke-3, berbanding musim lalu menjadi naib juara.
  • Piala Malaysia 2016 : Mara sehingga ke Suku akhir, berbanding musim lalu hanya mampu bermain diperingkat kumpulan sahaja.
Bagi Abe secara keseluruhannya Kelantan tidak gagal pada musim ini, kita perlu realistik dengan tidak meletakkan kejayaan sesebuah pasukan berdasarkan kemenangan piala. Kita tidak boleh nafikan ada peningkatan pada pasukan Kelantan terutamanya selepas Popov menjadi jurulatih.

Namum sedikit kecewa dengan sistem pengurusan pasukan Kelantan yang masih tidak belajar daripada kesilapan lalu. Isu pembayaran gaji kembali berbangkit, kesilapan pembelian dan pemilihan pemain import masih berlaku.

Rekod Percapaian Kelantan dalam Liga Super sejak 2010.

Sebagai penyokong Abe akur musim ini bukanlah musim terbaik bagi Kelantan. Bermula pada tahun 2014 kemerosotan begitu ketara, dan menjadi semakin parah pada musim 2015.

Mujur musim ini Kelantan berjaya melonjak sedikit dalam persaingan Liga Super dan berjaya keluar daripada zon penyingkiran.

Jadi musim depan seharusnya Kelantan mampu menjadi lebih baik berdasarkan apa yang telah dibina pada musim ini.

Dalam update terkini di facebook TSAM ada menyatakan bahawa Popov telah menolak tawaran menyambung kontrak untuk musim 2017. Jadi musim 2017 masih samar buat pasukan Kelantan.


Year Pos Pld W D L GF GA GD Pts
2016 4th 22 7 8 7 37 33 +4 29
2015 9th 22 8 4 10 34 38 -4 28
2014 6th 22 10 1 11 26 29 -3 31
2013 4th 22 10 6 6 32 20 +12 36
2012 1st 26 18 6 2 53 18 +35 60
2011 1st 26 17 5 4 52 21 +31 56
2010 2nd 26 17 8 1 50 14 +36 59
0 Komen untuk "Percapaian Kelantan dalam Liga Malaysia 2016"

 
Copyright © 2017 Kuchalana - All Rights Reserved
About Us | Contact Us | Privacy Policy |
Template By Catatan Info | Re-Design By : Kuchalana