logo dream league soccer, dream league soccer kits, kit dream league soccer, 512x512 kits logo,

Badi JDT di Piala Malaysia

Badi JDT di Piala Malaysia


Sejak JDT dijenamakan semula pada tahun 2013 mereka belum pernah lagi merasa kejuaraan Piala Malaysia. Walaupun pada tahun ini boleh dikatakan prestasi JDT berada di kemuncak, dengan merangkul kejuaraan Piala AFC 2015.

Namum semalam JDT tersingkir diperingkat Suku Akhir Piala Malaysia 2015. Tahun lepas mereka hampir-hampir untuk mendakap piala bersejarah ini. Namum dikecewakan dengan sepakan penalti oleh Pahang.

Musim ini aku yakin faktor pemain JDT kepenatan salah satu isu.  Mereka terpaksa bermain lebih banyak perlawanan berbanding pasukan lain di Liga Malaysia kerana JDT berjuang di Piala AFC.

Walaupun tak dinafikan mereka memiliki pemain yang berkualiti baik kesebelasan utama dan juga pemain terbaik di bangku simpanan.

Mungkin ada yang terkilan semalam, sebab Amirul Hadi dimasukkan agak lewat iaitu pada minit 80 lebih. Padahal selepas beliau dimasukkan ada beberapa cubaan tepat yang beliau lakukan. Semasa pusingan pertama suku akhir, beliau juga yang menjaringkan gol penyamaan.

Cabaran bermain dalam perlawanan Piala Malaysia juga agak berbeza berbanding perlawanan di Liga Super dan Piala FA, faktor utama adalah cuaca.

Inilah yang membuatkan saingan Piala Malaysia begitu berbeza, kebanyakkan perlawanan terpaksa di langsungkan di dalam cuaca hujan atau padang yang basah.

Tetapi apa menarik aku saksikan adalah percaturan Irfan Bakti, jurulatih Felda United ini seringkali menumbangkan pasukan-pasukan besar dalam perlawanan kalah mati. Beliau sentiasa tampil dengan ramuan istimewa apabila berhadapan dengan perlawanan penting, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan pasukan yang hebat.

Tahun ini Irfan Bakti berjaya menbalas dendam terhadap kekalahan mereka ditangan JDT diperingkat Separuh Akhir Piala Malaysia 2014.
0 Komen untuk "Badi JDT di Piala Malaysia"

 
Copyright © 2017 Kuchalana - All Rights Reserved
About Us | Contact Us | Privacy Policy |
Template By Catatan Info | Re-Design By : Kuchalana