logo dream league soccer, dream league soccer kits, kit dream league soccer, 512x512 kits logo,

Liga Super 2016 : Kelantan Vs T-Team

Perlawanan ke-17 Liga Super 2016, Kelantan akan bertemu T-Team di Stadium Sultan Muhammad Ke-iv, Kota Bharu pada 6 Ogos 2016.

Liga Super 2016 : Kelantan Vs T-Team

Kelantan yang kini berdepan masalah besar dibahagian pertahanan terpaksa melupakan khidmat Muslim, McKain dan Nik Shahrul yang mengalami kecederaan dalam tempoh masa yang panjang.

Mungkin Popov akan mengekalkan beberapa pemain muda yang telah diberikan kepercayaan sebelum ini seperti Qayyum dan Farish Shah.

Peluang Kelantan untuk kembali naik berada Top5 liga masih terbuka jika berjaya mengutip 3 mata penuh dalam pertemuan menentang T-Team nanti. Jika gagal berkemungkinan besar kedudukan Kelantan akan terus dipotong oleh Sarawak dan PDRM.

Pasukan T-Team sebenarnya tidak boleh dipandang rendah, kemampuan mereka mengugat pasukan-pasukan besar agak cemerlang. Pada perlawanan yang lepas, mereka berjaya menewaskan Selangor yang berada di tangga ke-3 liga.

Tambahan pula, T-Team pernah menewaskan Kelantan pada pertemuan pusingan 1 Liga Super dengan kemenangan yang agak besar iaitu 4-2.

Rekod Perlawanan Kelantan vs T-Team

Dalam 5 perlawanan terakhir kedua-dua pasukan, Kelantan hanya menang 2 perlawanan manakala T-Team dengan 3 kali kemenangan. Walaupun begitu sudah pastinya Popov sudah siap sedia dengan percaturan beliau untuk memastikan Kelantan akan menang dalam perlawanan kali ini.

Seharusnya keputusan positif memihak kepada Kelantan kerana dalam 5 perlawanan terakhir T-Team dalam Liga Super 2016, mereka baru sahaja hanya menang sekali dan tewas 4 perlawanan. Manakala Kelantan sedikit bernasib baik dengan 1 Menang, 2 Seri dan 2 Kalah.


05/04/2016 Liga Super T-Team 4 2 Kelantan
04/11/2015 Piala Malaysia (group c) Kelantan 3 1 T-Team
26/09/2015 Piala Malaysia (group c) T-Team 3 1 Kelantan
24/05/2014 Liga Super T-Team 1 0 Kelantan
15/02/2014 Liga Super Kelantan 3 0 T-Team
27/04/2013 Liga Super Kelantan 3 1 T-Team
12/01/2013 Liga Super T-Team 1 0 Kelantan


Namum Popov harus berhati-hati dalam membuat penggiliran pemain kerana pada 9 Ogos, Kelantan akan turun menenantang Kuala Lumpur lebih awal iaitu pada jam 4.45 petang.

Dalam jadual perlawanan yang padat kecerdasan pemain perlu diambil berat, Kelantan tidak mampu lagi kehilangan pemain disaat-saat genting seperti ini.


Keputusan Penuh Perlawanan Kelantan vs T-Team



KELANTAN 2 0 T-Team
Mohd Badri Radzi 65'
Wander Luiz 89'

Liga Super 2016 : Kelantan Vs T-Team

Liga Super 2016 : Kelantan Vs T-Team

Liga Super 2016 : Kelantan Vs T-Team

DISCLAIMER : The information contained on http://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or omissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Liga Super 2016 : Kelantan Vs T-Team"

 
Copyright © 2017 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By Catatan Info | Re-Design By: Kuchalana