dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo,

Preview : Suku Akhir Piala Malaysia 2016

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Lengkap sudah perlawanan peringkat kumpulan untuk saingan Piala Malaysia 2016. Lapan pasukan yang berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya sudah diketahui.

Lapan pasukan yang mara adalah Kedah, T-Team, Selangor, Kelantan, PDRM, PKNS FC, Felda United dan Negeri Sembilan.

Menariknya dalam peringkat suku akhir ini adalah, daripada 8 pasukan yang layak 4 pasukan adalah berstatus kelab dan 4 lagi adalah pasukan negeri. Dalam sejarah Piala Malaysia Selangor MPPJ merupakan satu-satunya pasukan berstatus kelab pernah menjadi juara pada tahun 2003.

Ada 4 pasukan yang layak ke suku akhir pada musim ini berjaya mengekalkan prestasi mereka pada musim lalu. Empat pasukan yang sekali lagi layak ke suku akhir Piala Malaysia pada musim ini adalah Felda United, Kedah, PKNS FC dan Selangor.

Adakah pasukan Selangor dan Kedah akan mengulangi prestasi musim lalu untuk menjadi finalis Piala Malaysia? Mampukah Selangor selaku juara bertahan mengekalkan trofi Piala Malaysia? Sama-sama kita saksikan.

Bagi Abe antara pasukan pilihan di suku akhir ini adalah Selangor selaku juara bertahan, Kedah finalis musim lalu dan kini antara pasukan terbaik liga, Felda United memiliki kelebihan kerana pasukan mereka sungguh mantap pada musim ini.

Preview : Suku Akhir Piala Malaysia 2016


Jadual Dan Keputusan Suku Akhir Piala Malaysia 2016

Suku akhir pertama akan dilangsung pada 28 Ogos 2016, dan Suku akhir kedua pada 17 Ogos 2016.


Suku Akhir Piala Malaysia 2016
Negeri Sembilan 0
Kedah 0
Kelantan 1
PDRM 2
T-Team FC 1
Felda United FC 1
Selangor 4
PKNS FC 3


Preview : Suku Akhir Piala Malaysia 2016

Negeri Sembilan Vs Kedah

Kedua-dua pasukan adalah nama yang tidak asing dalam saingan Piala Malaysia. Dua pasukan yang pernah mencipta nama dan digeruni.

Kali terakhir Negeri Sembilan menjadi juara Piala Malaysia adalah pada musim 2011, manakala Kedah pula pada tahun 2008. dalam sejarah Negeri Sembilan pernah menjadi juara sebanyak 3 kali, manakala Kedah 4.

Namum berdasarkan prestasi semasa kedua-dua pasukan, Kedah dilihat memiliki kelebihan diatas kertas. Kedah hanya tewas sekali sahaja dalam 5 perlawanan terakhir mereka. Dan mereka juga merupakan finalis pada musim lalu.

Pasukan Negeri Sembilan pula dilihat ada sedikit masalah dengan hanya mencatat 2 kemenangan sahaja dan 3 kekalahan dalam 5 perlawanan terakhir.

Malah kedua-dua pasukan berbeza darjat kerana Kedah kini menduduki tangga ke-3 Liga Super, manakala Negeri Sembilan hanya bermaiin di Liga Perdana dan menduduki tangga ke-5 setakat ini.

Jadi Abe memilih Kedah mempunyai peluang cerah untuk layak ke separuh akhir.


Kelantan Vs PDRM

Pasukan Kelantan kali terakhir menjulang Piala Malaysia adalah pada musim 2012 dan pada musim 2013 mereka hanya berpuas hati menjadi naib juara. Untuk rekod Kelantan pernah menjadi juara sebanyak 2 kali.

Prestasi PDRM dalam saingan Piala Malaysia tidak begitu menberangsangkan. Kejayaan paling cemerlang mereka hanyalah berjaya layak kepusingan suku akhir Piala Malaysia 2014.

Abe yakin Kelantan tiada masalah untuk menghadapi PDRM, kerana dalam 5 pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini PDRM hanya menang sekali sahaja keatas Kelantan.

Dalam 5 perlawanan terakhir Kelantan berjaya mencatat 2 kemenangan dan 3 kekalahan. Namum ada 2 perlawanan tidak memberikan kekuatan pasukan sebenarnya Kelantan kerana dalam 2 dua perlawanan tersebut Popov telah menurun pasukan kedua untuk merehatkan beberapa pemain utama.

Bagi pasukan PDRM pula mereka hanya mampu mencatat 1 kemenangan dalam lima perlawanan terakhir.

Abe tak amhu cerita panjang , sebab memang Abe sokong Kelantan jadi Gomo Kelate Gomo, semoga terus mara ke pusingan seterusnya.


T-Team Fc vs Felda United Fc

Dua pasukan berstatus kelab. Namum pasukan Felda United dilihat sebagai pasukan pilihan, ini kerana prestasi mereka di Liga Super cukup bagus. Kini mereka sedang mengejar pendahulu Liga.

Pasukan Felda United dan T-Team tidak pernah menjuarai Piala Malaysia.

Pada musim lepas Felda United dinafikan kemaraan di peringkat separuh akhir oleh pasukan Kedah, itu merupakan kali kedua pasukan Feldan United layak ke sepatuh akhir.

Bagi T-Team pula percapaian terbaik mereka dalam Piala Malaysia adalah layak ke pusingan separuh pada tahun 2011, dan selain itu mereka hanya bermain diperingkat kumpulan sahaja.

Dari segi prestasi semasa kedua-dua pasukan, pasukan Felda United dilihat memiliki kelebihan. Mereka hanya tewas 2 kali dalam 5 perlawanan terakhir mereka. Namum prestasi mereka kini berada ditahap yang terbaik.

Namum begitu cabaran daripada T-Team tidak boleh dipandang rendah, kerana mereka kini sedang meningkatkan prestasi selepas dirundum 8 perlawanan tanpa kemenangan. kini dalam 5 perlawanan terakhir mereka hanya tewas 1 kali sahaja.

Abe tanpa rasa bersalah akan memilih Felda United untuk layak ke separuh akhir.


Selangor Vs PKNS FC

Ini bagaikan perlawanan abang dan adik. Lebih teruk bagaikan antara dua darjat. Selangor merupakan otai dalam saingan Piala Malaysia dengan 33 trofi kejuaraan.

Selangor juga akan turun selaku juara bertahan dan memang besar harapan mereka untuk mengulangi kejayaan musim lalu.

Namum kita tidak boleh menperkecilkan cabaran daripada PKNS FC, pada tahun ini mereka mencipta kejutan apabila layak ke final Piala FA 2016. Walaupun sekadar menjadi naib juara, namum mereka selaku pasukan 'underdog' yang bila-bila masa sahaja mampu merentap ego pasukan-pasukan besar.

Namum Selangor pada musim ini adalah berbeza dengan Selangor musim lepas, kini mereka hanya dibimbing oleh penyandang jurulatih selepas Zainal Abidin dipecat. Kedudukan mereka dalam Liga Super juga kini semakin menurun dan bila-bila masa sahaja akan dipotong oleh pasukan dibawahnya.

Bagi PKNS FC pula kita mereka sedang bergelut untuk merebut tempat kedua Liga Perdana untuk melayakkan mereka beraksi di Liga Super musim depan.

Dan menariknya kedua-dua pasukan belum tewas dalam 5 perlawanan terakhir mereka.

Abe tanpa segan silu memilih Selangor akan melayakkan diri mereka ke peringkat seterusnya.

DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or omissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Preview : Suku Akhir Piala Malaysia 2016"

 
Copyright © 2017 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By: Catatan Info Re-Design By: Kuchalana