logo dream league soccer, dream league soccer kits, kit dream league soccer, 512x512 kits logo,

Liga Super 2016 - Sarawak Vs Kelantan

Perlawanan ke-20 Liga Super, Sarawak menentang Kelantan di Stadium Negeri pada 10 September 2016.

Liga Super 2016 - Sarawak Vs Kelantan

Perlawanan ini penting sebenarnya buat pasukan Kelantan untuk terus mengekalkan kedudukan dalam TOP 5 Liga Super musim ini dalam usaha pasukan untuk memperbaiki percapaian dalam saingan Liga Super.

Disebabkan Kelantan sudah tercicir mata selepas tewas kepada Kedah tempoh hari, jadi sedikit sukar untuk Kelantan menempatkan diri dalam kelompok 4 terbaik, walaupun masih ada harapan itupun mengharapkan kekalahan pasukan Selangor dan Kelantan harus menang kesemua baik perlawanan yang ada.

Namum sebaliknya pula jika Kelantan tewas dalam perlawanan ini, dua pasukan dibawahnya iaitu Perak dan T-Team sedang siap sedia untuk memintas kedudukan Kelantan.

Sebelum ini dalam pertemuan Kelantan vs Sarawak berkesudahan seri 2-2. Dalam perlawanan tersebut penyerang import Kelantan, Ilijoski meledakan 2 gol.


Rekod Pertemuan Sarawak vs Kelantan

Kita imbas kembali rekod pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini. Dalam 5 perlawanan terakhir menyaksikan kedua-dua pasukan adlah seimbang.

Dengan kedua-dua pasukan mencatat 2 kemenangan dan 1 keputusan seri. Sebenarnya agak sukar untuk menjangkakan pasukan mana yang akan menang, namum Sarawak sememangnya meiliki kelebihan dalam perlawanan ini selaku tuan rumah.

Namum pretasi semasa pasukan Sarawak dalam keadaan tenat. Setakat ini mereka telah melalui 6 perlawanan tanpa sebarang kemenangan. Malah lebih teruk, jika mereka terus kalah, zon penyingkiran sedang menanti Sarawak.

Bagi pasukan Kelantan pula, mereka perlu menang, mereka tidak seharusnya membiarkan kekalahan berterusan. Setakat ini Kelantan sudah ditimpa 3 kekalahan berturut-turut. Dalam 5 perlawanan terakhir Kelantan hanya mencatat 1 keputusan menang, dan 4 kekalahan.



26/02/2016 Liga Super Kelantan 2 2 Sarawak
22/08/2015 Liga Super Kelantan 4 3 Sarawak
2/05/2015 Liga Super Sarawak 3 2 Kelantan
27/02/2015 Piala FA (Round 1) Sarawak 1 2 Kelantan
18/04/2014 Liga Super Kelantan 0 1 Sarawak
25/01/2014 Liga Super Sarawak 0 1 Kelantan


Secara ringkas yang Abe bileh rumuskan tentang perlawanan ini adalah bagi pasukan Kelantan, mereka perlu menang untuk terus berada dalam Top5 Liga Super. Manakala bagi pasukan Sarawak pula mereka perlu menang untuk mengelakkan mereka terus dihambat oleh zon penyingkiran.

Keputusan Perlawanan Kelantan Vs PDRM


Liga Super 2016 - #20
Sarawak 1 1 Kelantan
Junior Aparecido Guimaro 1'
Wan Zaharulnizam 42'

DISCLAIMER : The information contained on http://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or omissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Liga Super 2016 - Sarawak Vs Kelantan"

 
Copyright © 2017 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By Catatan Info | Re-Design By: Kuchalana