Kuchalana.com get the latest dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo, dream league soccer 2019

Suku Akhir AFC Cup 2016 : Johor Darul Takzim vs South China

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Suku akhir AFC Cup 2016. Juara bertahan Johor Darul Takzim sekali akan berdepan kelab daripada Hong Kong iaitu South China AA.

Suku Akhir AFC Cup 2016 : Johor Darul Takzim vs South China


Pada pertemuan suku akhir AFC CUp 2015, JDT berjaya menewaskan South China dengan keputusan aggregate 4-2.

Menariknya kerana Mario Gomez pada ketika itu adalah merupakan bekas jurulatih kepada pasukan South China sebelum beliau berhijrah ke JDT dan berjaya menumpaskan bekas pasukan bimbingannya di suku akhir.

Adakah pada tahun ini Mario Gomez akan mengecewakan bekas pasukannya sekali lagi?

Sebelum itu kedua-dua pasukan pernah bertemu pada edisi 2009, ketika JDT dikenali dengan nama Johor FC. Mereka bersaing dalam kumpulan C, namum kedua-dua perlawanan Johor FC tewas.

Untuk rekod Johor FC layak ke saingan AFC Cup 2009 selepas Negeri Sembilan dan Selangor menarik diri dengan alasan masalah kewangan dan tiada pemain import pada ketika itu.


Suku Akhir AFC Cup 2016 : Johor Darul Takzim vs South China


Prestasi JDT ketika diperingkat kumpulan cukup memberangsangkan. Mereka berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dan sekaligus menjadi juara bagi kumpulan H.

Manakala South China pula hanya berada ditangga kedua bagi kumpulan G, mereka hanya mencatat 3 keputusan menang dan 3 kali kalah.

Jika dilihat daripada form semasa disaingan AFC Cup, jelas JDT memiliki kelebihan diatas kerta berbanding South China.

Ketika di pusingan kalah mati 'Round of 16'. Kedua-dua pasukan terpaksa berhadapan dengan kelab daripada Filipina.

JDT menang bergaya keatas Kaya FC dengan keputusan 7-2. Manakala South China pula dipaksa berhempas pula untuk menang tipis 1-0, dengan jaringan dimasa tambahan.


Rekod Pertemuan JDT vs South China



15/09/2015 AFC Cup - Quarter Final 2 South China AA 1 3 Johor Darul Takzim
25/08/2015 AFC Cup - Quarter Final 1 Johor Darul Takzim 1 1 South China AA
21/04/2009 AFC Cup - Group F Johor FC 1 4 South China AA
07/04/2009 AFC Cup - Group F South China AA 2 0 Johor FC


Keputusan Perlawanan JDT vs South China AA



AFC Cup 2016 : Quater Final 1
South China AA 1 1 Johor Darul Takzim
Nicola Komazec 90'+3 13 September 2016 Jorge Pereyra Diaz 21'


AFC Cup 2016 : Quater Final 2
Johor Darul Takzim 2 1 South China AA
Lucero 58'
Diaz 88'
20 September 2016 Komazec 90+5'

DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or comissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Suku Akhir AFC Cup 2016 : Johor Darul Takzim vs South China"

 
Copyright © 2020 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By. Catatan Info Re-Design By: Kuchalana