Kuchalana.com get the latest dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo, dream league soccer 2019

Rumours : Perpindahan Pemain Kelantan 2016 Liga Malaysia

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Walaupun masih berbaki lagi tahun 2015, sudah hangat diperkatakan berkenan perpindahan pemain Kelantan bagi aksi Liga Malaysia 2016.

Tapi ini baru khabar angin, orang tua cakap "Dengar bulih, cayo jange". Kalau angin itu bertiup kuat sangat, pokok pun boleh tumbang, bang.

Tapi daripada bosan tak buat apa, baik kita layan dulu khabar-khabar angin sambil-sambil minum petang makan ubi kayu minum kopi.

Daripada sumber risikan yang boleh dipercayai, Abe dapat senarai pendek nama-nama pemain yang kekal, yang masih dalam rundingan, yang akan kembali menyertai pasukan Kelantan dan juga pemain yang akan meninggalkan pasukan.

Perpindahan Pemain Kelantan 2016 Liga Malaysia

Senarai pemain TRW yang akan kekal pada tahun 2016 :

Mohd Badri Radzi
Khairul Fahmi
Mohd Nor Farhan
Syazwan
Nik Shahrul Azim
Tuan Faim
Zairul Fitri
Farisham
Nor Hafiz Zamani Misbah
Khairul Izuan

Walaupun kuat angin bertiup mengatakan Kapten Marvel aka Piya akan meninggalkan TRW, tetapi Abe sangat yakin, Piya masih mengenggam janji dia untuk pencen bersama dengan pasukan kesayangan dia.

Senarai pemain TRW yang masih diatas pagar dalam rundingan :

Wan Zack Haikal
Wan Zaharul Nizam (Kechik)
Hazrul
Brendan Gan

Abe duka harap sangat, jika keempat-empat pemain ini kekal bersama TRW, sebab prestasi mereka yang bagus dalam usia muda belia, tenaga masih gagah perkasa. Semangat mereka seharusnya terus kekal bersama TRW.


Senarai pemain yang akan menyertai TRW 2016 :

Daudsu
Shakir Shaari
Azwan Roya
Shahrul Azwari
Ramadhan
Fakrulzaman
Qayyum

Ada bekas pemain Kelantan dikatakan akan kembali menyarung jersi TRW. Kemasukkan Shakir sudha pastinya disambut dengan tangan terbuka, disamping Daudsu yang mampu mengukuhkan semula barisan pertahanan.

Selain itu, semangat pemain muda perlu juga diambil perhatian, sebab mereka ini adalah pelapis. Pendedahan kepada pemain yang berkaliber harus diutamakan. Abe nok tengok Shahrul Azwari banyok main dalam first eleven musim depan.

Senarai pemain TRW yang akan berhijrah kepasukan lain 2016:

Nazri Ahmad => PKNS/Sel
Fitri Omar => P.Pinang
Taj => Terengganu
Fakri => Sarawak
Amar Rohidan => P.Pinang
Gilmar => Perak
Amutu
Carrilo
McKain

Dan ada seorang pemain akan bersara iaitu Shahrizan (GK).

Sama seperti yang Abe cakap awal tadi, ini hanyalah khabar angin, mungkin berubah mengikut keputusan daripada KAFA dan juga pemain. Jadi Abe doakan yang terbaik untuk The Red Warriors bagi tahun 2016.

DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or comissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Rumours : Perpindahan Pemain Kelantan 2016 Liga Malaysia"

 
Copyright © 2020 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By. Catatan Info Re-Design By: Kuchalana