Kuchalana.com get the latest dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo, dream league soccer 2019

Mampukah K. Devan Kembalikan Kegemilangan Kelantan?

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Perlantikkan K. Devan sebagai ketua jurulatih Kelantan buat rami penyokong TRW terkejut. Sebab kalau dilihat daripada prestasi semasa beliau yang agak kurang menberangsangkan.

Namum dalam sejarah beliau memang antara jurulatih yang disegani dan pernah menjulang beberapa piala. Kini tanggungjawab besar K. Devan untuk pulihkan kembali reputasi beliau sebagai jurulatih dan juga membimbing Kelantan kembali menjadi pasukan yang digeruni. Dua cabaran besar buat K.. Devan musim ini.

Mampukah K. Devan Kembalikan Kegemilangan Kelantan?


Rekod gemilang K. Devan sebagai jurulatih adalah dengan memenangi Juara Liga Super sebanyak 3 kali, Piala FA satu kali dan Juara Liga Perdana juga satu kali. dan beliau pernah dinobatkan sebagai jurulatih terbaik sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2005-06 dan 2009.

Namum sejak 2014, K. Devan hanya menguruskan 2 pasukan di Liga Perdana iaitu Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Dan kini pada tahun ini ia kembali membimbing pasukan di Liga Super, dengan cabaran Liga Super yang sudah mulai berubah sudah pastinya banyak kerja yang perlu dilakukan oleh K. Devan untuk memastikan beliau mampu membawa pasukan Kelantan beraksi dengan cemerlang di Liga Super.

Menarik untuk disaksikan apabila antara ketua jurulatih dan pasukan yang kedua-duanya sedang bergelut  dengan masalah prestasi yang merundum. K. Devan dan Kelantan saling berpaut untuk kembali bangkit dan mencipta kegemilangan.

Bagi pasukan Kelantan pula, sejak 2014 mereka telah bertukar-tukar ramai ketua jurulatih bermula daripada Steve Darby, George Boateng, Azraai Khor, selepas itu Zahasmi Ismail daripada penolong jurulatih mengambil alih buat sementara tugas ketua jurulatih.

Satu pembaharuan perlu dibawa oleh K. Devan untuk memulihkan semangat dan keyakinan pasukan Kelantan untuk bermain dan rentak kemenangan dan kembali memenangi piala kejuaraan.

DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or comissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Mampukah K. Devan Kembalikan Kegemilangan Kelantan?"

 
Copyright © 2020 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By. Catatan Info Re-Design By: Kuchalana