Kuchalana.com get the latest dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo, dream league soccer 2019

Liga Super 2016 - Pahang vs Kelantan

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Liga Super 2016 - Pahang vs Kelantan

Perlawanan ke-8 Liga Super 2016, Pahang vs Kelantan. Perlawanan akan berlangsung di Stadium Darul Makmur, pada 20 April 2016 jam 9.00 malam.

Kedua-dua pasukan sebenarnya agak bergelut di peringkat awal musim Liga Super 2016. Cuma pasukan Kelantan sedikit kehadapan berbanding Pahang yang baru sahaja berjaya mencatat keputusan menang.

Mungkin dengan kemenangan pertama Pahang menewaskan Perak dalam perlawanan yang lepas adalah isyarat kebangkitan skuad tok gajah, itulah yang perlu pemain Kelantan ambil perhatian.

Namum begitu pasukan Kelantan juga telah mendapat suntikkan semangat, apabila pasukan Kelantan berjaya mengikat pasukan JDT seri 2-2 dalam perlawanan yang lepas. Sekaligus mencalar keangkuhan JDT daripada terus mencatat keputusan menang dalam setiap perlawanan liga.


Volas Vs Blazhe

Pemain Kelantan perlu merantai pemain import Pahang iaitu Dalibor Volas. Walaupun dikecam hebat pada awal musim, namum dalam perlawanan menentan Perak beliau berjaya mencatat jaringan hatrik.

Manakala penyerang import bakal menjadi taruhan Kelantan adalah Blazhe Ilijoski yang setakat ini sudah berjaya meledakan 5 gol buat pasukan Kelantan. Namum tahap kecerdasan pemain ini masih belum dapat dipastikan kerana beliau tidak diturunkan pada perlawanan yang lalu.


Rekod Pertemuan 8 Perlawanan Terakhir Pahang Vs Kelantan


Pahang = 4 (50%) Kelantan = 2 (25%) Seri = 2 (25%)

Dalam 8 pertemuan Pahang menentang Kelantan dalam saingan Liga Super, menyaksikan Pahang berjaya menewaskan Kelantan sebanyak 4 kali dan seri sebanyak 2 kali.

Dua gergasi bola sepak pantai timur ini memiliki kekuatannya yang tersendiri. Namum setakat ini Pahang tidak perah lagi tewas kepada pasukan Kelantan di Stadium Darul Makmur untuk perlawanan Liga SUper sejak musim 2009.


Liga Super 2015

12/08/15
Pahang 5-3 Kelantan

11/04/15
Kelantan 0-2 Pahang

Liga Super 2014

14/06/14
Pahang 1-0 Kelantan

15/03/14
Kelantan 2-2 Pahang

Liga Super 2013

25/06/13
Kelantan 2-0 Pahang

23/02/13
Pahang 2-2 Kelantan

Liga Super 2011

28/05/11

Kelantan 1-0 Pahang

12/03/11
Pahang 2-0 Kelantan


Keputusan Penuh Perlawanan Pahang Vs Kelantan


Pahang 4 - 3 Kelantan
9' Dramane Traore
15' Dalibor VOlas
45'+1 German Pacheco
48' Faisal Rosli
56' Blazhe Ilijoski
77' Khairul Izuan
90' German Pacheco


DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or comissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Liga Super 2016 - Pahang vs Kelantan"

 
Copyright © 2020 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By. Catatan Info Re-Design By: Kuchalana