Kuchalana.com get the latest dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo, dream league soccer 2019

Piala Malaysia 2016 : Undian Peringkat Kumpulan

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Piala Malaysia 2016 : Undian Peringkat Kumpulan

Bahang Piala Malaysia 2016 mulai terasa, kejohanan bolasepak yang penuh sejarah ini telah membuat undian diperingkat kumpulan pada 23 Mei 2016.

Keputusan Undian Piala Malaysia 2016

Berikut adalah keputusan undian Piala Malaysia 2016 :-

Kumpulan A : T-Team, Kedah, Sarawak dan JDT II

Kumpulan B : Selangor, Kelantan, Pahang FC dan Kuala Lumpur

Kumpulan C : JDT, PDRM FA, Perak dan PKNS FC

Kumpulan D : Felda United, Terengganu, Melaka United dan Negeri Sembilan


Jadual Dan Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 2016

*Akan diupdate dari semasa ke semasa.


Cabaran Pasukan Kelantan dalam Kumpulan B


Kelantan telah diundi masuk ke dalam kumpulan B bersama pasukan Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur.

Antara perkara yang menarik dan cabaran buat pasukan Kelantan dalam saingan Piala Malaysia pada musim ini adalah skuad Kelantan mempunyai rekod yang buruk dalam pertemuan kesemua pasukan dalam kumpulan B.

Kelantan pernah mengatur perlawanan persahabatan dengan Kuala Lumpur pada persediaan Pra-musim dan Kelantan telah tewas 2-0.

Seteru Kelantan daripada pantai timur, Pahang yang awal musim nampak goyah prestasinya namum dalam pertemuan dengan Kelantan di saingan Liga Super menyaksikan Kelantan tewas 4-3.

Pertemuan dengan Selangor pula mungkin masih segar dalam ingatan penyokong Kelantan apabila Kelantan tumpas di tempat sendiri dengan jaringan 5-2. Dan dalam pertemuan sebelum itu dengan Red Giants hanya berkesudahan seri tanpa jaringan.

Jika dilihat daripada kesemua perlawanan Kelantan menentang pasukan-pasukan dalam Kumpulan B ia sudah pastinya akan membuat jurulatih Popov pening kepala kerana Kelantan tewas dengan jumlah jaringan yang besar.

Nyata sekali bahagian pertahanan Kelantan sangat lemah dalam menahan asakan pasukan lawan.


Fakta Menarik Tentang Kumpulan C.

Menarik untuk disaksikan bagaimana Zainal Abidin yang membimbing Selangor akan pulang ke Pahang untuk sekali lagi mengecewakan Skuad Tok Gajah. Musim lalu Selangor telah menewaskan Pahang di peringkat Suku Akhir ketika itu Pahang dibawah kendalian Zainal Abidin.

Pasukan Selangor dan Kelantan pada musim lepas juga telah diundi dalam kumpulan yang sama iaitu Kumpulan C. Kelantan pada musim lalu tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan.

Dan Selangor pada musim ini akan turun untuk mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi pada musim lepas.

Kali terakhir pasukan Kuala Lumpur beraksi dalam Piala Malaysia adalah pada tahun 2011. Dan mereka hanya mampu beraksi di peringkat kumpulan sahaja sejak 2009-2011.

Kelantan, Pahang dan Selangor adalah tia pasukan yang pernah menjuarai Piala Malaysia sejak musim 2012.

Kelantan (2012), Pahang (2013, 2014) dan Selangor (2015). dan kali terakhir Kuala Lumpur menjadi juara adalah pada tahun 1989,dimana mereka juga menjuari Piala Malaysia pada 2 tahun sebelumnya 1987 dan 1988.

DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or comissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Piala Malaysia 2016 : Undian Peringkat Kumpulan"

 
Copyright © 2020 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By. Catatan Info Re-Design By: Kuchalana