Kuchalana.com get the latest dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo, dream league soccer 2019

Piala Malaysia 2016 : Selangor vs Kelantan

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Perlawanan kedua peringkat kumpulan B untuk saingan Piala Malaysia 2016, Selangor menentang Kelantan di Stadium Shah Alam pada 20 Julai 2016.

Kelantan akan menentang juara Piala Malaysia 2015. Kedua-dua pasukan sedang memburu kemenangan kedua untuk memastikan kedudukan masing-masing selesa untuk layak ke pusingan seterusnya.

Abe dengar khabar ado live, kalu lipak Abe lerak tb, rembah atah lata.

Piala Malaysia 2016 : Selangor vs Kelantan

Perlawanan yang menarik sebab kedua-dua pasukan sudah bertemu 2 kali pada musim ini dalam saingan Liga Super. Yang mana telah menyaksikan Selangor berjaya membenam Kelantan dengan jaringan 2-5 di Kota Bharu, sebelum itu dalam pertemuan di Shah Alam kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri tanpa jaringan.

Yang menariknya ketika pertemuan pertama dengan Selangor tersebut merupakan aksi pertama Popov selepas dibawa masuk untuk membimbing skuad TRW. Dan dalam perlawanan kedua pula merupakan kekalahan pertama Popov bersama Kelantan.

Namum diharap semangat dan keyakinan yang dipamerkan ketika menentang Terengganu tempoh hari akan turut dibawa ke Shah Alam pula untuk membawa pulang 3 mata penuh.

Ini adalah pertemuan kali ketiga dengan Selangor buat Popov, semoga beliau sudah belajar sesuatu dan mampu merencana taktikal yang ampuh untuk menewaskan Selangor.

Dan perlu pastikan kesilapan sama dengan bermain hanya 10 pemain dalam kedua-dua perlawanan tidak berulang lagi. Semasa di Shah Alam, Wan Zack Haikal mendapat kad merah pada minit ke-26, manakala di Kota Bharu Wan Zaharul Nizam pula dilayankan kad merah pada minit ke-61.

Jaga disiplin, ikut arahan Coach dan bermain sebagai satu pasukan. Gomo Kelate Gomo!


Rekod Perlawanan Selangor vs Kelantan

Sebenarnya kedua-dua pasukan kerap bertembung dalam sesama sendiri setiap musim sejak tahun 2008 lagi. Namum Abe cuma mengambil kira rekod perlawanan untuk musim 2015 dan 2016 sahaja.

Dalam 6 perlawanan, pasukan Selangor memiliki sedikit kelebihan dengan menang 3 Perlawanan, Dan Kelantan hanya menang 2 kali dan satu perlawanan berkesudahan seri.


21/05/2016 - Liga Super : Kelantan 2-5 Selangor

18/05/2016 - Liga Super : Selangor 0-0 Kelantan

2/10/2015 - Piala Malaysia : Kelantan 0-1 Selangor

12/09/2015 - Piala Malaysia : Selangor 0-3 Kelantan

19/08/2015 - Liga Super : Selangor 3-0 Kelantan

25/04.2015 - Liga Super : Kelantan 2-1 Selangor


Keputusan Perlawanan Selangor Vs Kelantan


Selangor 3-3 Kelantan

30' Olivi
39' Patrick Wleh
45+1' Wander Luiz
49' Patrick Wleh
72' Wan Zack Haikal
90+5' Manaf Mamat



DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or comissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Piala Malaysia 2016 : Selangor vs Kelantan"

 
Copyright © 2020 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By. Catatan Info Re-Design By: Kuchalana