Kuchalana.com get the latest dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo, dream league soccer 2019

AFF Suzuki Cup 2016 : Malaysia Vs Cambodia

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
AFF Suzuki Cup 2016, perlawanan pertama Malaysia menentang Cambodia pada 20 November. Perlawanan akan berlangsung di Thuwanna Stadium Yangon, Myanmar.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu sesama sendiri dalam kejohanan besar adalah pada tahun 2000. Dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Tiger itu, Malaysia menang 3-2.

Malaysia ternyata memiliki kelebihan, berdasar rekod pertemuan sejak tahun 1956, Cambodia hanya mampu menang sebanyak dua kali sahaja. Dan kemenangan terakhir Cambodia keatas Malaysia adalah pada tahun 1970 dalam aksi Sukan Asia pada tahun tersebut.

Malaysia akan turun selaku naib juara Piala Suzuki AFF 2014. Dalam kejohanan lepas Malaysia tewas kepada pasukan Thailand diperingkat akhir dengan keputusan aggregate 4-3.

Kali terakhir Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF adalah pada tahun 2010. Itu merupakan kejuaraan pertama Malaysia sejak kejohanan ini diperkenalkan pada 1996.

Namum begitu Malaysia masih dianggap sebagai Top 5 pasukan Asia Tenggara dalam memberikan saingan sengit.

AFF Suzuki Cup 2016 : Malaysia Vs Cambodia

AFF Suzuki Cup 2016 : Malaysia Vs Cambodia



Senarai pemain Malaysia yang dipanggil oleh Ong Kim Swee untuk berentap dalam Piala suzuki AFF 2016 :

Penjaga Gol
  • Hafizul Hakim
  • Khairul Fahmi Che Mat
  • Khairul Azhan


Pertahanan
  • Shahrul Saad
  • Nazirul Naim
  • Fadhli Shas
  • Matthew Davies
  • Ronny Harun
  • Rizal Ghazali
  • Khairul Helmi


Tengah
  • Shahrom Kalam
  • Irfan Fazail
  • Hadin Azman
  • Baddrol Bakhtiar
  • Syazwan Zainon
  • S. Veenod
  • Fakri Saarani
  • Amri Yahyah
  • Zaquan Adha


Penyerang
  • Darren Lok
  • Safee Sali
  • Norshahrul Idlan Talaha
  • Ahmad Hazwan Bakri


Manakala percapaian terbaik Cambodia hanya mampu layak beraksi diperingkat kumpulan sahaja. Dan sudah 3 kali berturut-turut mereka tidak layak untuk menyertai pusingan akhir edisi Piala Suzuki AFF 2000, 2012 dan 2014.

Pemain Cambodia yang perlu diberikan perhatian adalah penyerang mereka iaitu Chan Vhatanaka, beliau menjadi penjaring terbanyak Liga Cambodia 2016 dengan meledakan 22 gol untuk kelabnya Boeung Ket Angkor.

Beliau juga telah menyumbangkan sebanyak 8 gol antarabangsa dalam 24 perlawanan bersama skuad kebangsaan Cambodia.

Rekod Perlawanan Malaysia Vs Cambodia



Date Competition Home Result Away
20/09/14 Friendly Malaysia 4-1 Cambodia
18/06/07 Friendly Malaysia 6-0 Cambodia
11/12/02 Friendly Malaysia 5-0 Cambodia
09/11/00 Tiger Cup (Group B) Malaysia 3-2 Cambodia
04/08/99 SEA Games (group B) Cambodia 2-7 Malaysia
10/12/95 SEA Games Malaysia 9-0 Cambodia
15/12/71 SEA Games Malaysia 3-0 Khmer Republic
14/12/70 Asian Games Khmer Republic 2-0 Malaysia
09/11/70 Kings Cup Khmer Republic 1-1 Malaysia
12/12/61 Friendly Malaysia 4-0 Cambodia
02/11/57 Friendly Cambodia 1-3 Malaysia
24/04/56 AFC Asian Cup Cambodia 3-2 Malaysia
17/03/56 AFC Asian Cup Malaysia 9-2 Cambodia

DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or comissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "AFF Suzuki Cup 2016 : Malaysia Vs Cambodia"

 
Copyright © 2020 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By. Catatan Info Re-Design By: Kuchalana