Kuchalana.com get the latest dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo, dream league soccer 2019

Liga Super 2017 | Kelantan Vs T-Team

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Liga Super 2017, Kelantan lawan T-Team di Stadium Sultan Muhammad IV pada 4 Mac 2017.

Kelantan yang baru sahaja bangkit daripada 3 kekalahan berturut-turut dengan menumbangkan Perak di Ipoh dengan jaringan yang besar.

Menarik juga apabila Kelantan berjaya menamatkan kemarau gol sebelum ini dengan kejayaan Ghaddar meledakkan jaringan hatrik.

Dengan suntikkan semangat kemenangan ini, diharap apabila pulang ke Kota Bharu. Kelantan mampu menamatkan badi kekalahan dilaman sendiri dengan menewaskan T-Team pula.

Liga Super 2017 | Kelantan Vs T-Team


Untuk rekod, setakat ini Kelantan begitu cemerlang apabila beraksi di gelanggan lawan, manakala bleum lagi berjaya mencatat kemenangan di laman sendiri.

Kelantan tidak boleh lagi keciciran mata, kerana ini sudah masuk perlawana ke-6 dan perlu memastikan momentum kemenangan diteruskan sebelum berakhir pusingan pertama Liga super.

Walaupun bertemu T-Team yang boleh dianggap pasukan kurang ternama, namum cabaran daripada pasukan kelab pantai timur ini tidak boleh dipandang rendah.

Namum begitu kini mereka sudah melalui 3 perlawanan tanpa mencatat sebarang kemenangan. T-Team juga dilihat ada masalah dengan penyerang mereka, kerana selepas 7 perlawanan mereka baru sahaja menjaring 6 gol.

T-Team bukanlah pencabar utama, tetapi mereka mampu memberikan saingan sengit terhadap lawan mereka. Jadi pemain Kelantan perlu berhati-hati melayan T-Team nanti.

Dalam satu perlawanan musim lepas, T-Team mengejut Kelantan dengan kemenangan 4-2. Malah untuk rekod perlawanan sejak musim 2013, iaitu sebanyak 6 perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan di saingan Liga Super.

Keputusan dicatatkan adalah seimbang dengan masing-masing mencatat 3 kemenangan.

Rekod Perlawanan Kelantan vs T-Team



06/0816 Liga Super Kelantan 2-0 T-Team
05/04/16 Liga Super T-Team 4-2 Kelantan
04/11/15 Piala Malaysia (Group C) Kelantan 3-1 T-Team
26/09/15 Piala Malaysia (Group C) T-Team 3-1 Kelantan
24/05/14 Liga Super T-Team 1-0 Kelantan
15/02/14 Liga Super Kelantan 3-0 T-Team
27/04/13 Liga Super Kelantan 3-1 T-Team
12/01/13 Liga Super T-Team 1-0 Kelantan


Carta Rekod Perlawanan Kelantan vs T-Team sejak musim 2013.


Team Pld W D L GF Pts
Kelantan 6 3 0 3 10 9
T-Team 6 6 0 3 7 9

DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or comissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Liga Super 2017 | Kelantan Vs T-Team"

 
Copyright © 2020 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By. Catatan Info Re-Design By: Kuchalana