Kuchalana.com get the latest dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo, dream league soccer 2019

Liga Super 2017 | Kelantan vs Pahang

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Liga Super 2017 kembali beraksi selepas berehat panjang, Kelantan akan bertemu Pahang di Stadium Sultan Muhammad IV pada 8 April 2017.

Sebelum liga berehat panjang, Kelantan dilihat dalam proses memulihkan prestasi mereka. Namum akan berdepan dengan laluan sukar apabila bertemu Pahang yang kini sedang berada di form terbaik mereka.

Pahang hanya tewas 1 kali sahaja dalam 5 perlawanan terakhir mereka, manakala Kelantan pula hanya mencatat 2 kemenangan dalam 5 perlawanan terakhir.

Berbekalan dua kemenangan berturut-turut sebelum ini perjuangan Kelantan dalam saingan Liga Super diharap dapat diteruskan dengan mencatat kemenangan demi kemenangan.

Bagi pasukan Pahang pula yang bagai mendapat suntikkan semangat baru dengan kepulangan Dollah Salleh kini berada di tangga ke-2 liga akan terus mengasak pasukan pendahulu, mengekori rapat pasukan Kedah.

Pertembungan dua pasukan dari pantai timur ini sudah pastinya menarik untuk disaksikan kerana mereka pernah menjadi pasukan terkuat dalam Liga Malaysia beberapa musim yang lalu. Namum nasib Pahang lebih baik kerana kini mereka dilihat berada di landasan untuk kembali bangkit.

Liga Super 2017 | Kelantan vs Pahang


Rekod Perlawanan Kelantan vs T-Team

Berdasarkan rekod untuk musim lepas pasukan Pahang diletakkan selkau pasukan 'underdog'. Namum dalam 5 pertemuan menentang Kelantan  kita dapat lihat Pahang memiliki kelebihan.


20/08/16 Piala Malaysia (Group B) Pahang 2-0 Kelantan
23/07/16 Liga Super Kelantan 0-0 Pahang
12/07/16 Piala Malaysia (Group B) Kelantan 1-0 Pahang
20/04/16 Liga Super Pahang 4-3 Kelantan
12/08/15 Liga Super Pahang 5-3 Kelantan
16/05/15 Piala FA (Semi Final 2) Kelantan 3-1 Pahang
09/05/15 Piala FA (Semi Final 1) Pahang 1-0 Kelantan
11/04/15 Liga Super Kelantan 0-2 Pahang
14/06/14 Liga Super Pahang 1-0 Kelantan
15/03/14 Liga Super Kelantan 2-2 Pahang
03/11/13 Piala Malaysia (Final) Kelantan 0-1 Pahang
21/09/13 Piala Malaysia (Group C) Kelantan 4-0 Pahang
20/08/13 Piala Malaysia (Group C) Pahang 1-1 Kelantan
25/05/13 Liga Super Kelantan 2-0 Pahang
23/02/13 Liga Super Pahang 2-2 Kelantan


Carta Rekod Perlawanan Kelantan vs Pahang sejak musim 2013.

Sejak 2013, kedua-dua pasukan bertemu sebanyak 8 kali, dengan jelas pasukan Pahang memiliki kelebihan diatas kertas dengan mencatat 4 kemenangan, 3 keputusan seri. Manakala pasukan Kelantan hanya mampu mencatat satu kemenangan sahaja.

Team Pld W D L GF Pts
Pahang 8 4 3 1 16 15
Kelantan 8 1 3 4 12 6

*Melibatkan perlawanan Liga Super sahaja.

DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or comissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Liga Super 2017 | Kelantan vs Pahang"

 
Copyright © 2020 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By. Catatan Info Re-Design By: Kuchalana