dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo,

Final Piala Malaysia 2015, Hijau Kuning Merah

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Final Piala Malaysia 2015, kedah vs selangor

Pusingan Separuh Akhir Piala Malaysia 2015 edisi ke-89, sudah menentukan siapa yang layak untuk mara ke peringkat Final untuk merebut piala.

Kemaraan Selangor dan Kedah adalah imbasan memori pertemuan dua pasukan hebat ini pada Final Piala Malaysia 2008.

Dimana dalam pertemuan itu menyaksikan Kedah menbenam Selangor dengan keputusan 3-2. Dan sejak itulah kita tak dapat lagi melihat kelibat terakhir kedua-dua pasukan beraksi di perlawanan final Piala Malaysia.

Kini mereka kembali dengan harapan untuk mendakap piala yang bersejarah ini.

Bagi aku antara pemain yang memberikan nyawa kepada kedua-dua pasukan adalah Syazwan Zainon bagi pasukan Kedah dan penjaga gol Selangor Norazlan Razali.

Kita boleh melihat bagaimana semangat Syazwan Zainon membuat larian dan membuat hantaran yang sentiasa mengancam kubu pertahanan lawan. Pemain sayap ini cukup lincah diatas padang, larian beliau cukup padu, apatah lagi apabila dalam keadaan 1 lawan 1.

Walaupun agak kurang dari skill mengelecek bola, namum lariannya yang laju serta hantaran lintang adalah senjata utama pemain ini. Walaupun nama beliau kurang menjadi sebutan, tetapi aksi beliau diatas padang cukup mengerunkan.

Norazlan Razali bagi aku watak utama pasukan Selangor yang membawa pasukan Red Giant sehingga ke pentas final. Cukup tangkas beliau menempis setiap percubaan merbahaya daripada pasukan lawan.

Mungkin ramai yang tergelakkan beliau semasa mengambil sepakan gol, sebab selalu dia macam terjatuh selepas mengambil sepakan. Namum refleksi neliau cukup pantas untuk menempis setiap percubaan tepat kearah gawang jagaannya. Mereka tidak bolos semasa beraksi di Kuantan.

Siapa yang akan bawa balik Piala Malaysia 2015? Aku pilih Selangor, untuk mereka pulang gembira melunaskan Misi33. Namum awas dengan gerak serangan Kedah yang sentiasa bernafsu mencari gol.

DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or omissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Final Piala Malaysia 2015, Hijau Kuning Merah"

 
Copyright © 2017 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By: Catatan Info Re-Design By: Kuchalana