dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo,

K. Devan, Dilantik Ketua Jurulatih Kelantan FA 2016

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
K. Devan, Dilantik Ketua Jurulatih Kelantan FA 2016

Akhirnya, TSAM sudah mengumumkan siapakah Ketua Jurulatih pasukan Kelantan bagi musim 2016. Walaupun ada 2 lagi nama yang menjadi sebutan, namum K. Devan menjadi pilihan untuk membimbing pasukan Kelantan FA dan sekaligus menyingkirkan Zahasmi Ismail.

K. Devan atau nama sebenar beliau adalah Devan a/l E. Kuppusamy yang sebelum ini pernah melatih pasukan Negeri Sembilan bagi saingan Liga Perdana.

Sejak 2004 K. Devan sudah 9 kali bertukar pasukan sebagai Ketua Jurulatih.

  1. Negeri Sembilan - 2004–2006
  2. Melaka - 2007
  3. Kuala Muda Naza - 2008
  4. Selangor - 2009–2011
  5. Johor FC - 2012
  6. Felda United - 2013
  7. Penang - 2014
  8. Negeri Sembilan - 2015
  9. Kelantan - 2016


Dari segi pencapaian K. Devan sebenarnya boleh dibanggakan, ada beberapa kejuaraan yang pernah dirangkul oleh beliau. Namum sejak 2010, sudah lama pasukan bimbingan beliau tidak menjulang sebarang piala kejuaraan, malah ada beberapa pasukan semasa bimbingan beliau agak merundum prestasi.

Kejayaan K. Devan


Negeri Sembilan

  • Liga Super Malaysia (1): 2005-06


Kuala Muda

  • Liga Perdana Malaysia (1): 2007-08


Selangor

  • Liga Super Malaysia (2): 2009, 2010
  • Piala FA (1): 2009
  • Piala Sumbangsih (2): 2009, 2010


Kali terakhir kegemilangan K. Devan adalah ketika beliau melatih pasukan Selangor (2009,2010). Malah sudah 2 musim beliau melatih pasukan yang berada di Liga Perdana iaitu P.Pinang dan Negeri Sembilan.

Dengan rekod ini, sudah pastinya penyokong TRW tertanyakan kenapa K. Devan? Mampukah K. Devan membawa pasukan Kelantan kembali menjadi pasukan yang hebat seperti dahulu?

Penyokong juga mahu melihat sejauh mana perubahan yang akan K. Devan lakukan dalam skuad TRW, terutama dari segi corak permainan. Beliau perlu buktikan yang KAFA tidak silap untuk memilih dia sebagai Ketua Jurulatih.

Yang penting sekali, penyokong sudah pastinya tidak mahu perkara yang sama berlaku pada musim lepas, Ketua Jurulatih bertukar tangan beberapa kali.

DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or omissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "K. Devan, Dilantik Ketua Jurulatih Kelantan FA 2016"

 
Copyright © 2017 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By: Catatan Info Re-Design By: Kuchalana