Kuchalana.com get the latest dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo, dream league soccer 2019

Dali Omar - Pemain Malaysia Pertama Bermain Di Luar Negara

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
dali omar

Dali Omar, lagenda bolasepak Kelantan pada era 60-an dan 70-an. Beliau juga merupakan pemain bolasepak Malaysia yang pertama bermain dengan kelab diluar negara iaitu kelab Azzuri Australia.

Dali Omar lahir pada 19 Mei 1946. Beraksi sebagai penyerang, beliau mula menyertai pasukan Kelantan pada tahun 1962.

Pada tahun 1963, ketika berusia 17 tahun Dali Omar muncul sebagai penjaring terbanyak dalam kejohanan Remaja Asia di Saigon. Malah lebih manis Malaysia menjadi juara kejohanan remaja itu.

Dipenghujung tahun 1963, beliau menjadi Military Police (MP) berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Namum begitu minat beliau adalah bolasepak, jadi banyak masa beliau dihabiskan dipadang bola.

Pada tahun 1966, beliau telah melonjakkan nama ATM sehingga layak ke perlawanan Final Piala Malaysia 1966 dan menjadi penjaring terbanyak, namum tewas ditangan pasukan Selangor.

Pada tahun 1967, Dali Omar kembali berbakti kepada pasukan Kelantan serta diberi peluang mewakili Malaysia dalam Pestabola Merdeka.

Pada tahun 1970, sekali lagi Dali Omar beraksi di Final Piala Malaysia 1970. Kali ini beliau membawa pasukan Kelantan pula.

Dali Omar beraksi cemerlang dalam perlawanan separuh akhir dengan menjaringkan 2 gol ketika bertemu Singapura. Dan terus mengganas di perlawanan timbal balik dengan meledakkan 4 gol, Kelantan membelasah Singapura 8-0 pada ketika itu.

Pada musim 1971, Dali Omar meneruskan aksi cemerlang dengan menjaringkan 21 gol daripada 28 gol keseluruhan pasukan Kelantan pada musim itu.

Aksi beliau yang begitu hebat pada ketika itu telah berjaya menarik minat beberapa kelab Eropah yang ingin melamar beliau.

Pada tahun 1972, Dali Omar telah dilamar oleh kelab Azzuri Australia menjadi pemain Semi-Pro. Pada ketika itu sebaagi pemain Semi-Pro, beliau diberikan sebuah rumah, kereta, elaun setiap perlawanan dan gaji sebanyak A$556 seminggu. Gaji yang lumayan sebagai pemain Semi-Pro pada zaman itu.

Pada tahun 1974, Dali Omar terus menukar profession daripada pemain kepada jurulatih bolasepak. pada ketika itu beliau membimbing kelab Olimpik Kingsway dengan gaji A$40,000 setiap 3 bulan.

DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or comissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Dali Omar - Pemain Malaysia Pertama Bermain Di Luar Negara"

 
Copyright © 2020 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By. Catatan Info Re-Design By: Kuchalana