Kuchalana.com get the latest dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo, dream league soccer 2019

Piala Malaysia 2016 : Kelantan Vs PDRM

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Perlawanan Suku Akhir 1 Piala Malaysia 2016. Kelantan bertemu PDRM di Kota Bharu dalam timbal balik pertama di Stadium Muhammad ke-iv pada 28 Ogos.

Piala Malaysia 2016 : Kelantan Vs PDRM


Kelantan selaku naib juara kumpulan B akan menentang juara kumpulan C iaitu PDRM. Kelantan sudah pastinya mahu memanfaatkan beraksi ditempat sendiri untuk memastikan bekalan selesa dibawa ke tempat lawan 17 September nanti.

Walaupun Kelantan sudah berjaya mengatasi percapaian musim lalu yang hanya sempat beraksi di peringkat kumpulan, dan tahun ini Kelantan mendapat peluang untuk pergi lebih jauh.

Dengan prestasi semasa, Kelantan sepatutnya tiada masalah untuk mara paling kurang sehingga ke peringkat separuh akhir. Namum semua itu terletak kepada percaturan Popov dan prestasi pemain sebagai satu pasukan.

Lupakan kekalahan dengan Kedah tempoh hari, kini dengan semangat The Red Warriors harus bangkit untuk memastikan kemaraan dalam saingan Piala Malaysia pula. Jika ada rezeki kita bertemu lagi Kedah di separuh akhir nanti.

Rekod Pertemuan Kelantan vs PDRM

Berdasarkan rekod kedua-dua pasukan tidak pernah bertembung dalam saingan Piala Malaysia sejak tahun 2007.

Jika kita lihat rekod 7 pertemuan dalam jadual dibawah, PDRM hanya mampu menang sekali sehaja keatas Kelantan.



16/02/2016 Liga Super Kelantan 1 0 PDRM
8/07/2015 Liga Super PDRM 1 3 Kelantan
21/02/2015 Liga Super Kelantan 0 4 PDRM
23/06/2009 Liga Super Kelantan 4 0 PDRM
24/02/2009 Piala FA (Round 2) PDRM 1 3 Kelantan
21/02/2009 Piala FA (Round 2) Kelantan 5 1 PDRM
13/01/2009 Liga Super PDRM 2 4 Kelantan


Keputusan Perlawanan Kelantan Vs PDRM



Suku Akhir 1 - Piala Malaysia 2016
Kelantan 1 2 PDRM
Indra Putra 14'
Safwan Baharudin 4'
Guilherme De Paula 22'

DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or comissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

1 Komen untuk "Piala Malaysia 2016 : Kelantan Vs PDRM"

Please make Real madrid 11/12 kits. Only you can do this. I will make a donation if you make it.

 
Copyright © 2020 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By. Catatan Info Re-Design By: Kuchalana