Kuchalana.com get the latest dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo, dream league soccer 2019

Liga Super 2016 : Pulau Pinang Vs Kelantan

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Perlawanan ke-18 Liga Super 2016, Kelantan menentang Pulau Pinang pada 16 Ogos 2016 di Stadium Bandaraya.

Apa yang menarik dalam pertemuan ini adalah Kelantan bakal berdepan dengan Bojan Hodak, bekas jurulatih Kelantan untuk musim 2012-2013.

Beliau sentiasa dikenang oleh penyokong Kelantan kerana berjaya membawa pasukan Kelantan menjadi juara treble pada musim 2012.

Liga Super 2016 : Pulau Pinang Vs Kelantan


Sejak Bojan mengambil alih pasukan Pulau Pinang, pasukan itu kini berada dalam form terbaik kerana masih belum tewas dalam 5 perlawanan terakhir.

Bojan berjaya membawa Pulau Pinang mencatat 3 menang dan 2 seri.

Satu perubahan ketara bagi pasukan tersebut kerana sebelum itu, mereka hanya mampu mencatat 2 kemenangan daripada 13 perlawanan.

Jadi walaupun Pulau Pinang kini berada ditangga ke-9 Liga Super namum pasukan Kelantan tidak boleh memandang rendah kepada cabaran anak buah Bojan.

Malah perbezaan mata juga tidak jauh, Kelantan dihadapan dengan hanya 3 mata. Jadi jika Pulau Pinang memang mereka akan meraih mata yang sama dengan Kelantan.

Jadi dengan tindakkan Popov yang merehatkan 8 tonggak utama dalam perlawanan menentang Selangor tempoh hari diharap dapat turun dan beraksi dengan cemerlang untuk memastikan TRW tidak lagi tercicir mata dan turun anak tangga.

Disaat persaingan liga tiba dipenghujungnya, saingan kini semakin sengit dan apa sahaja boleh berlaku.

Besar harapan untuk Kelantan berjaya tempatkan diri dalam kelompok 5 terbaik. Jika aksi cemerlang sebenar TRW masih boleh mencabar unutk jadi Top 4.


Rekod Pertemuan Pulau Pinang vs Kelantan

Sementara itu untuk rekod kali terakhir pasukan Pulau Pinang menang keatas Kelantan adalah pada musim 2003. Ya, ianya 13 tahun dahulu.

Dan ketika pertemuan pertama kedua-dua pasukan pada awal musim ini, Kelantan berjaya menewaskan Pulau Pinang dengan keeputusan 3-1.

Namum Kelantan tidak boleh merasa selesa dengan rekod ini, kerana mereka kini ada Bojan. Dia pernah membawa kelantan ke puncak kejayaan dan tidak mustahil beliau boleh lakukan perkara yang sama kepada Pulau Pinang.

Apa yang menarik juga pertemuan Pulau Pinang vs Kelantan adalah sejak musim 2010, Penang ada badi kalah dengan jaringan 3-1 kepada Kelantan.



12/03/2016 Liga Super Kelantan 3 1 Penang
29/08/2014 Piala Malaysia (Group C) Penang 1 3 Kelantan
19/08/2014 Piala Malaysia (Group C) Kelantan 3 1 Penang
29/05/2010 Liga Super Penang 1 3 Kelantan
30/01/2010 Liga Super Kelantan 3 1 Penang


Keputusan Perlawanan Pulau Pinang Vs Kelantan



Liga Super 2016, 16 Ogos
Pulau Pinang 2 3 Kelantan
Matias Jesus Cordoba 20'
Ranti Martins 45'
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang Wan Zack Haikal 7', 77'
Wander Luiz 18'

DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or comissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Liga Super 2016 : Pulau Pinang Vs Kelantan"

 
Copyright © 2020 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By. Catatan Info Re-Design By: Kuchalana