Kuchalana.com get the latest dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo, dream league soccer 2019

Liga Super 2017 | Kelantan Vs Selangor

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Liga Super 2017, Kelantan menentang Selangor di Stadium Sultan Muhammad IV pada 25 Februari 2017.

Menarik untuk disaksikan kerana kedua-dua pasukan ini telah tersingkir daripada saingan Piala FA 2017. Dan kedua-duanya memiliki cerita yang 'menarik' diawal musim.

Ini merupakan perlawanan ke-3 berturut-turut Kelantan dapat beraksi di gelanggan sendiri, namum masih belum berjaya mencatat kemenangan dihalaman sendiri.

Nampaknya kelebihan beraksi dihadapan ribuan penyokong tidak mampu memberikan tonik untuk menerjah gol lawan. dua kali tewas dan juga gagal untuk menjaringkan sebarang gol dihalaman sendiri.

Liga Super 2017 | Kelantan Vs Selangor


Tamparan hebat buat penyokong apabila merelakan diri melihat pasukan Kelantan tewas 3 perlawanan berturut-turut.

Namum begitu jurang mata diantara Kelantan dan Selangor hanya dibezakan 2 mata. Ini bermakna jika menang Kelantan mampu memintas kedudukan Selangor dalam Liga Super.

Bagi pasukan Selangor pula, selepas mengharungi 5 perlawanan. Boleh dikatakan prestasi mereka masih belum memuaskan.

Namum begitu pasukan Selangor adalah satu pasukan yang kuat. Keupayaan mereka tidak mungkin akan dipandang enteng oleh setiap lawannya.

Mereka berjaya mengikat JDT di Larkin dengan keputusan seri, itu tandanya pasukan mereka bukan mudah untuk ditewaskan.


Rekod Perlawanan Kelantan Vs Selangor


12/08/16 Piala Malaysia (Group B) Kelantan 1-4 Selangor
20/07/16 Piala Malaysia (Group B) Selangor 3-3 Kelantan
21/05/16 Liga Super Kelantan 2-5 Selangor
18/05/16 Liga Super Selangor 0-0 Kelantan
02/10/15 Piala Malaysia (Group C) Kelantan 0-1 Selangor
12/09/15 Piala Malaysia (Group C) Selangor 0-3 Kelantan
19/08/15 Liga Super Selangor 3-0 Kelantan
25/04/15 Liga Super Kelantan 2-1 Selangor
17/06/14 Liga Super Kelantan 2-0 Selangor
22/03/14 Liga Super Selangor 1-0 Kelantan
18/05/13 Liga Super Kelantan 1-1 Selangor
15/02/13 Liga Super Selangor 2-0 Kelantan


Carta rekod perlawanan dalam saingan Liga Super sejak 2013

Team Pld W D L GF Pts
Selangor 8 4 2 2 13 14
Kelantan 8 2 2 4 7 8

DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or comissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Liga Super 2017 | Kelantan Vs Selangor"

 
Copyright © 2020 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By. Catatan Info Re-Design By: Kuchalana