Kuchalana.com get the latest dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo, dream league soccer 2019

Liga Super 2017 | Perak Vs Kelantan

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Liga Super 2017, Kelantan akan bertemu Perak di Stadium Perak, Ipoh pada 1 mac 2017.

Ini merupakan perlawanan getir buat pasukan Kelantan. Setelah tewas 3 perlawanan berturut-turut dalam saingan Liga Super bukan sesuatu yang bagus.

Jika diambil kira juga siangan Piala FA ia akan jadi 4 perlawanan Kelantan tewas berturut-turut.

Liga Super 2017 | Perak Vs Kelantan


Moral pemain dan penyokong jatuh teruk. Kedudukan dalam carta juga makin corok dengan kini berada di tangga ke-10 iaitu satu anak tangga lagi untuk turun ke zon penyingkiran.

Namum semoga keajaiban dan mengharapkan tuah ditempat lawan akan memihak kepada Kelantan. Kerana setakat ini Kelantan masih belum tewas  bermain ditempat lawan.

Pasukan Perak walaupun terpalit sedikit dengan isu kejurulatihan namum prestasi mereka masih boleh dikatakan baik, setakat ini mereka baru tewas 1 perlawananan.

Perak juga masih mengekalkan rekod tanpa kalah di laman mereka sendiri. Mereka yang kini berada di tangga ke-4, sudah pastinya tidak mahu keciciran mata untuk mencabar 3 pasukan teratas, mereka kini mengumpul 11 mata daripada 6 perlawanan.

Rekod Perlawanan Perak vs Kelantan

Jika kita nilai daripada rekod perlawanan sejak 2013, kelebihan memihak kepada pasukan Kelantan. Namum daaripada 8 perlawanan 4perlawanan berkesudahan seri. Jadi kita boleh ramalkan perlawanan nanti berkemungkinan untuk berkesudahan seri.

Tetapi itu rekod lampau. Musim ini lebih menarik untuk kita saksikan adakah Perak mampu membuang badi gagal menang keatas Kelantan sejak musim 2014 iaitu lima perlawanan berturut-turut.



22/10/16 Liga Super Kelantan 2-2 Perak
13/02/16 Liga Super Perak 0-0 Kelantan
01/08/15 Liga Super Kelantan 1-0 Perak
06/03/15 Liga Super Perak 0-0 Perak
17/05/14 Liga Super Kelantan 2-1 Perak
08/02/14 Liga Super Perak 2-1 Kelantan
02/07/13 Liga Super Perak 0-1 Kelantan
01/03/13 Liga Super Kelantan 1-1 Perak



Carta Rekod Perlawanan Perak vs Kelantan sejak musim 2013.


Team Pld W D L GF Pts
Kelantan 8 3 4 1 8 13
Perak 8 1 4 3 6 5

DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or comissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Liga Super 2017 | Perak Vs Kelantan"

 
Copyright © 2020 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By. Catatan Info Re-Design By: Kuchalana