logo dream league soccer, dream league soccer kits, kit dream league soccer, 512x512 kits logo,

Liga Super 2016 : Kelantan vs Pahang FC

Perlawanan ke-14 Liga Super 2016, Kelantan menentang Pahang di Stadiuam Sultan Muhammad Ke IV, pada 23 Julai 2016, Jam 9.00 malam.

Liga Super 2016 : Kelantan vs Pahang FC

Kedua-dua pasukan telah bertemu 2 kali untuk bulan ini sahaja iaitu pada 12 julai untuk perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia. Dalam pertemuan tersebut pasukan Pahang telah tewas tipis kepada pasukan Kelantan.

Bagi kem Kelantan, mereka kini berada dalam tahap moral yang terbaik, untuk memburu kemenangan demi kemenangan. Semangat para pemain meningkat selepas kemenangan besar terhadap Terengganu tempoh hari.

Dengan Baze Ilijoski yang menjadi peledak utama Kelantan kini sedang mendahului senarai penjaring gol terbanyak liga, sudah semestinya beliau dahaga untuk terus mengegar jaring gol pihak lawan.

Untuk pasukan Pahang, mereka memperoleh sedikit semangat apabila mereka memperolehi kemenangan keatas Sarawak selepas 4 perlawanan berturut-turut mereka gagal mencatat sebarang kemenangan.

Mungkin barisan 4 pemain import baru mereka kini sudah semakin serasi.

Walaupun Kelantan kini berada di tangga ke-4 liga, namum mereka perlukan 9 mata untuk mengejar Selangor yang berada di kedudukan ke-3.

Malah Kelantan perlu teruskan rentak kemenangan untuk terus kekal berada dalam kelompok 5 pasukan terbaik liga, kerana ada 5 pasukan yang sedang siap sedia untuk memotong kedudukan Kelantan.

Manakala Pahang, kedudukan mereka kini sudah sedikit baik dan cuba menghampiri kelompok pertengahan liga. Kini Tok Gajah sedang menghuni tangga ke-10 dengan 12 mata.


Rekod Pertemuan Kelantan vs Pahang

Dalam perlawanan di saingan Liga Super musim ini, Pahang telah menbenam Kelantan dengan empat gol berbalas tiga di Kuantan. Walaupun pada ketika itu pasukan Pahang sedang bergelut dengan masalah prestasi.

Popov rasanya sudah sedia untuk berhadapan dengan Pahang, kerana Popov sudah saksikan bagaimana Pahang bermain di Kota Bharu dalam perlawanan Piala Malaysia tempoh hari.


16/07/2016 - Piala Malaysia : Kelantan 1-0 Pahang

20/04/2016 - Liga Super : Pahang 4-3 Kelantan

12/08/2015 - Liga Super : Pahang 5-3 Kelantan

16/05/2015 - Piala FA Semi final : Kelantan 3-1 Pahang

9/05/2015 - Piala FA Semi final : Pahang 1-0 Kelantan

11/04/2015 - Liga Super : Kelantan 0-2 Pahang


Apakah sekali lagi Popov akan tumbangkan sang Gajah di Kota Bharu nanti? Sama-sama kita saksikan. Namum menarik juga untuk saksikan adalah bagaimana percaturan Popov nanti dalam membuat rotation pemain kerana pada 26 Julai nanti Kelantan akan turun jauh ke selatan untuk mengempur Larkin.


Keputusan Perlawanan Kelantan vs Pahang FC

Kelantan gagal memanfaatkan peluang bermain ditempat sendiri, dan membiarkan Pahang mencuri 1 mata dari Kota Bharu.

FT: KELANTAN 0-0 PAHANG FC

DISCLAIMER : The information contained on http://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or omissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Liga Super 2016 : Kelantan vs Pahang FC"

 
Copyright © 2017 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By Catatan Info | Re-Design By: Kuchalana