Kuchalana.com get the latest dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo, dream league soccer 2019

Piala Malaysia 2016 : Kelantan vs Pahang FC

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Piala Malaysia 2016 : Kelantan vs Pahang FC

Perlawanan kumpulan B Piala Malaysia 2016, Kelantan menentang Pahang di Stadium Sultan Muhammad ke-iv, pada 12 Julai, jam 9.00 malam.

Dua seteru daripada pantai timur ini sebenarnya sedang bergelut dengan masalah prestasi yang merundum dipersaingan Liga Super 2016.

Namum dalam perlawanan Liga Super yang menemukan kedua-dua pasukan pada bulan april lalu, skuad TRW tersungkur di Kuantan setelah di tewas kepada Pahang 4-3.

Apa yang menarik dalam pertemun kedua-dua pasukan ini adalah rombakan barisan pemain import yang baru sahaja dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Dalam perlawanan ini, pemain import baru mereka akan diuji adakah kemasukan mereka berbaloi untuk membantu pasukan meningkatkan prestasi pada baki perlawan musim ini.

Kelantan membawa masuk pemain import baru di pintu perpindahan kedua iaitu Wander Luiz (Brazil) dan Morgaro Gomis (Senegal).

Manakala Pahang menukar keempat-empat pemain import terdiri daripada Faysal Shayesteh dari Afghanistan, Pablo Andres Vranjican (Argentina), Claudio Andres Meneses (Chile) dan pemain dari Brazil, Jailton De Campos Dos Santos.


Rekod Pertemuan Kelantan vs Pahang

Berikut adalah rekod pertemuan kedua-dua pasukan dalam 5 perlawanan terakhir. Namum ia tidak melibatkan perlawanan dalam saingan Piala Malaysia, kerana kali terakhir Kelantan menentang Pahang dalam Piala Malaysia adalah pada musim 2013, diperlawan akhir Pahang menewaskan Kelantan 0-1.

Dalam 5 perlawanan terakhir ini, pasukan Pahang dilihat memiliki rekod yang lebih dengan mencatat 4 kali kemenangan.


20/04/2016 - Liga Super : Pahang 4-3 Kelantan

12/08/2015 - Liga Super : Pahang 5-3 Kelantan

16/05/2015 - Piala FA Semi final : Kelantan 3-1 Pahang

9/05/2015 - Piala FA Semi final : Pahang 1-0 Kelantan

11/04/2015 - Liga Super : Kelantan 0-2 Pahang



Berikut pula rekod pertembungan Kelantan lawan Pahang dalam Piala Malaysia 2013

3/11/2013 - Final : Kelantan 0-1 Pahang

21/09/2013 - Kumpulan C : Kelantan 4-0 Pahang

20/08/2013 - Kumpulan C : Pahang 1-1 Kelantan


Baca dekat sini untuk jadual perlawanan melibatkan pasukan Kelantan dalam Piala Malaysia 2016.


Keputusan Perlawanan Kelantan vs Pahang Fc

Kelantan berjaya memungut 3 mata yang pertama menerusi jaringan Wan Zaharulnizamn pada minit ke-13.

KELANTAN 1 - 0 Pahang Fc

Wan Zaharulnizamn 3'

kechik meraikan gol - kelantan vs pahang

kechik meraikan gol - kelantan vs pahang

Kedudukan Carta Kumpulan B

Kedudukan Carta Piala Malaysia 2016 Kumpulan B


DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or comissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Piala Malaysia 2016 : Kelantan vs Pahang FC"

 
Copyright © 2020 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By. Catatan Info Re-Design By: Kuchalana