dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo,

Liga Super 2016 : Terengganu vs Kelantan

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Liga Super 2016 : Terengganu vs Kelantan

Pertembungan Derby Pantai Timur (East Coast Derby), perlawanan dua pasukan berjiran dari pantai timur Malaysia ini sering mendapat perhatian daripada kedua-dua penyokongnya yang tersendiri.

Perlawanan ke-13 Liga Super 2016, Kelantan menentang Terengganu di Stadiuam Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada 15 Julai, Jam 9.00 malam.

Kedua-dua pasukan telah bertemu sesama sendiri sebanyak 56 perlawanan sejak tahun 1983. Sepanjang tempoh itu, Kelantan telah menang sebanyak 24 kali.

Sejak Liga Super diperkenalkan, Kelantan menang 7 kali, seri 3 dan Terengganu menang sebanyak 5 kali.

Namum pada musim ini, prestasi Kelantan sedikit merundum berbanding Terengganu yang kini berada di tangga ke-6 liga manakala Kelantan terus terpelusuk di tangga ke-8.

Jika Kelantan berjaya menewaskan Terengganu pada perlawanan ini, kedua-dua pasukan akan berkongsi mata. Malah Kelantan akan memotong kedudukan skuad Penyu dengan kelebihan gol.

Cuma pasukan Kelantan sedikit pincang apabila Wan Zaharulnizam (Kechik) masih lagi dibawah penggantungan 5 perlawanan.

Namum dengan kemasukkan 2 pemain import baru diharap dapat memberikan suntikkan baru buat pasukan Kelantan. Walaupun begitu seorang pemain import iaitu Morgaro Gomis dikhabarkan masih belum selesai urusan International Transfer Certificates (ITC).

Rekod pertemuan Kelantan vs Terengganu

Dalam lima perlawanan terakhir kedua-dua pasukan, pasukan Terengganu dilihat memiliki kelebihan, kerana Terengganu memang 3 perlawanan daripada 5 perlawanan. Namum pada perlawanan Liga Super musim ini, Kelantan berjaya menewaskan Terengganu pada bulan April lalu.

Liga Super :

23/04/2016 : Kelantan 3-0 Terengganu

08/08/2015 : Kelantan 1-2 Terengganu

04/04/2015 : Terengganu 2-1 Kelantan

25/06/2014 : Kelantan 2-3 Terengganu

29/03/2014 : *Terengganu 3-0 Kelantan
*(Terengganu diberikan kemenangan percuma selepas Kelantan menurunkan pemain yang digantung perlawanan, kedudukan asal 1-1)


Keputusan Penuh Perlawanan Terengganu vs Kelantan


Kelantan 6-1 Terengganu

3"Blazhe Illioski(Penalti)
7"Isey Nakajima
45"Wander Luiz
59"Wan Zack Haikal
63"Blazhe Illioski
75"Blazhe Illioski
85"Blazhe illioski

Liga Super 2016 : Terengganu vs Kelantan

DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or omissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Liga Super 2016 : Terengganu vs Kelantan"

 
Copyright © 2017 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By: Catatan Info Re-Design By: Kuchalana