Kuchalana.com get the latest dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo, dream league soccer 2019

Liga Super 2016 : Johor Darul Takzim vs Kelantan

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Perlawanan ke-15 Liga Super 2016, Johor Darul Takzim menunggu Kelantan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos pada 26 Julai, jam 9.00.

Liga Super 2016 : Johor Darul Takzim vs Kelantan

Tugas berat menanti buat anak buah Popov untuk turun jauh ke selatan berdepan dengan juara Liga Super 2 musim berturut-turut. Apatah lagi dengan prestasi Kelantan kini bagi Abe masih banyak lagi yang perlu dipertingkatkan.

Rekod JDT diperlawanan Liga Super, mereka tidak pernah tewas di kubu kuat mereka semenjak musim 2013. Malah rekod mereka dalam Liga Super juga adalah tidak pernah tewas melebihi 4 perlawanan sejak pasukan ini diberikan nafas baru.

Namum bagi JDT mereka ada misi mereka tersendiri, iaitu untuk mengekalkan rekod tanpa kalah untk musim ini.

Oleh sebab itu tidak keterlaluan jika Abe nak cakap menjadi impian mana-mana pasukan yang bersaing dalam Liga Super untuk menewaskan JDT di kubu keangkuhan mereka.

Pada 8 April lalu, Kelantan dan JDT sudah bertemu di Kota Bharu, dan perlawanan tersebut berkesudahan seri dua sama.

Jika diambil kira rekod musim lalu, Kelantan berjaya menumbangkan ego Harimau Selatan di Kota Bharu dengan jaringan 4-1. Manakala sebelum itu, sang Kijang tersungkur di Larkin dengan jaringan 3-1.

Rekod Perlawanan Johor Darul Takzim vs Kelantan

Jika dihitung kesemua pertembungan kedua-dua pasukan, sejak 2013 sudah 12 perlawanan melibatkan mereka, dan setiap kali pertemuan itulah ia menjadi hangat.

Dalam 12 perlawanan ini, Johor Darul Takzim berjaya menang sebanyak 7 kali dan 2 perlawanan berkeputusan seri dan Kelantan hanya menang cuma 3 perlawanan sahaja.

Jika dinilai berdasarkan rekod, diatas kertas nyata kelebihan berpihak kepada pasuk JDT. Namum tidak sebegitu mudah untuk The Red Warriors mengalah, mereka akan berjuang habis-habisan untuk menewaskan musuh utamanya sejak 2013 ini.


08/04/2016 - Liga Super : Kelantan 2-2 Johor Darul Takzim
15/08/2015 - Liga Super : Kelantan 4-1 Johor Darul Takzim
18/04/2015 - Liga Super : Johor Darul Takzim 3-1 Kelantan
02/09/2014 - Piala Malaysia (Kumpulan C) : Kelantan 0-3 Johor Darul Takzim
13/08/2014 - Piala Malaysia (Kumpulan C) : Johor Darul Takzim 1-0 Kelantan
20/06/2014 - Liga Super : Johor Darul Takzim 3-0 Kelantan
25/03/2014 - Liga Super : Kelantan 1-2 Johor Darul Takzim
05/10/2013 - Piala Malaysia (Suku Akhir) : Kelantan 6-1 Johor Darul Takzim
28/09/2013 - Piala Malaysia (Suku Akhir) : Johor Darul Takzim 4-2 Kelantan
29/06/2013 - Piala FA (Final) : Kelantan 1-0 Johor Darul Takzim
22/05/2013 - Liga Super : Johor Darul Takzim 2-0 Kelantan
15/01/2013 - Liga Super : Kelantan 1-1 Johor Darul Takzim


Keputusan Perlawanan Johor Darul Takzim vs Kelantan

Johor Darul Takzim 1-0 Kelantan
46' Diaz

DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or comissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Liga Super 2016 : Johor Darul Takzim vs Kelantan"

 
Copyright © 2020 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By. Catatan Info Re-Design By: Kuchalana